Tuesday, May 14, 2013

Istighfar- Munajat Taubat


Istighfar- Munajat Taubat

Istighfar- Munajat Taubat
 
-Hari ni satu pertanyaan buat diri kita??? Boleh ke korang cakap korang tak buat dosa hari ni? Confirm takda dosa ke?
-Ya Allah,kita bukan Maksum... walaupun korang munking tak buat dosa pada manusia, tak buat salah, tapi korang sure korang tak buat silap pada binatang serangga. Korang tak tahu yang munkin masa tengah berjalan, kita terpijak semut. Itu dosa kecik, korang tak sengaja kan tapi ia tetap dosa sebab tu kita patut bertaubat memohon keampunan pada Allah setiap hari dan bermaafan antara kita. Kalau kita mudah memaafkan orang lain, dengan mudah nya Allah memaafkan kita.
Memperbanyakkan istighfar. 
-Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah , yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w.:"Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segalakedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka." (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa'i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas RA.)
" Dan Allah tidak akan sekali-kali akan menyeksa mereka,sedang engkau (wahaiMuhammad) ada diantara mereka ; dan Allah tidak akan menyeksa mereka sedang mereka beristighfar (memohon ampun) . "
(Anfal : 33 )
"Daripada Ibni Abbas Radiallahu Anhuma, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallambersabda : Sesiapa yang selalu beristighfar nescaya Allah akan menjadikan baginya kemudahan bagi setiap kesempitan, kesenangan bagi setiap kesedihan dan memberi rezeki tanpa diduga olehnya".
 (Riwayat Al-Imam Abi Daud)
-Hebatnya kekuatan istighfar itu sebagai munajat taubat dan banyak kelebihan bagi orang yang sering beristighfar. Justeru, digalakkan kita sentiasa beristighfar sebagai pendekatan secara lisan untuk memohon keampunan daripada Allah, kemudian diikuti dengan amalan soleh. Semoga Allah mengampunkan saya. Saya  ingin berkongsi dengan anda zikir taubat Astaghfirullah Rabbal Baraya.
Disertakan juga dengan video dari sumber  firestartingautomobil Youtube
  
Semoga zikir taubat Astaghfirullah Rabbal Baraya ini jadi panduan dan di amalkan , mudah-mudahan Allah memberkati sepanjang kehidupan kita di dunia & akhirat.
-------Wallahu a'lam.-------

Zikir Hasbi Rabbi Jalallah


Zikir Hasbi Rabbi Jalallah

Zikir Hasbi Rabbi Jalallah
-Hasbi Rabbi Jalallah adalah kalimah zikir yang diamalkan oleh para anbia dan diwarisi oleh ulama2 Islam.. -Zikir ini dapat memantapkan lagi keyakinan kita pada Allah serta ingatan kita pada NYA..
-Zikir ini sangat sesuai diamalkan sebagai penenang hati...kalau dihayatimemang  boleh mengalir air mata...terasa sayu.. 
-Jika anda semua berasa rindu akan seseorang,lafazkan lah dan baca lah zikir ini supaya hati anda rasa tenang dan sentiasa ingat pada Allah dan gantikan lah rindu itu kepada rindu Yang Maha Esa adalah lebih baik...
Disertakan juga dengan video dari sumber  firestartingautomobil Youtube
  
Semoga Zikir Hasbi Rabbi Jalallah ini jadi panduan dan di amalkan , mudah-mudahan Allah memberkati sepanjang kehidupan kita di dunia & akhirat.
-------Wallahu a'lam.-------

Zikir ‘Laailaha illallah’


Zikir ‘Laailaha illallah’

Zikir ‘Laailaha illallah’ 
-Sebenarnya saya ni bukanya pandai pun... Tapi kalau benda yang baik saya suka nak kongsi bersama, itu jer pegangan saya selama menulis ni.. Walaupun saya  ni bukan lah baik sangat pon...
-Hadis Anas bin Malik r.a:
Ketika Muaz bin Jabal mengekori unta Rasulullah s.a.w dalam satu perjalanan,Rasulullah s.a.w memanggil: Wahai Muaz! Muaz menyahut: Telah ku terimapanggilanmu itu wahai Rasulullah. Rasulullah s.a.w memanggil lagi: Wahai Muaz! Aku menyahut lagi: Telah ku terima panggilanmu itu wahai Rasulullah. Rasulullah s.a.w memanggil: Wahai Muaz! Aku menyahut lagi: Telah ku terima panggilanmu itu wahai Rasulullah. Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang mengucap Dua Kalimah Syahadat iaitu: لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ nescaya terselamatlah dia dari api neraka. Kemudian Muaz berkata: Bolehkah aku memberitahu perkara ini kepada orang ramai agar mereka sebarkan berita gembira ini? Rasulullah s.a.w bersabda: Kalau begitu, lakukanlah dan berserahlah kepada Allah.

( Hadith  Sahih Muslim : 47) 
Kelebihan zikir ‘Laailaha illallah’ 
Di mana sahaja dan pada apa sahaja masa hendaklah baca zikir ‘Laailaha illallah’dengan banyaknya kerana kelebihanya :
1. Di dalam hadis bahawa zikir yang tidak terhad kepada sebarang masa, tempat dan alasan ialah ‘Laailaha illallah’. Ia merupakan zikir yang cemerlang. Di dalam hadis yang lain bahawa ia adalah bentuk kebaikan yang tertinggi.
2. Di dalam hadis yang lain bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: “pada harikiamat orang yang paling beruntung mendapat syafaatku ialah orang yang banyak membaca kalimah ‘Laailaha illallah’ dengan hatinya dan jiwanya iaitu dengan hati yang ikhlas”.
3. Di dalam hadis yang lain, Rasulullah SAW bersabda: “Orang yang membaca‘Laailaha illallah’ di dalam keadaan penuh keikhlasan di dalam hatinya atau imanbersamaan dengan sebiji barli, maka ia akan dikeluarkan dari neraka jahanam. Dan orang yang membaca kalimah ini dan di dalam hatinya terdapat keikhlasan atau iman bersamaan sebesar biji gandum maka ia akan dikeluarkan dari api neraka jahanam dan orang yang membaca dengan penuh kebaikan atau iman maka ia juga akan dikeluarkan dri api Neraka Jahanam”.
4. Di dalam hadis lain terdapat: Orang yang membaca kalimah ‘Laailaha illallah’ dari hatinya, ia pasti akan memasuki syurga walaupun ia melakukan dosa seperti berzina dan mencuri, walaupun ia melakukan zina dan mencuri. (Nabi SAW telahmengulangkannya sebanyak 3 kali)
5. Hadis lain: Rasulullah SAW bersabda: Hendaklah kamu sentiasa perbaharui iman kamu. Para sahabat Rasulullah SAW berkata ‘Wahai Rasulullah SAW, bagaimanakah kami perbaharui iman kami? Rasulullah SAW menjawab ‘ucapkanlah Laailaha illallah sebanyaknya’.
6. Hadis lain: Rasulullah SAW bersabda: Tiada yang dapat menghalang kalimah‘Laailaha illallah’ sampai kepada Allah
7. Hadis lain: Zikir ‘Laailaha illallah’ tidak akan meninggalkan satu dosa pun dibelakang dan tiada satu amalan yang menyamainya.
8. Hadis lain: Jika tujuh petala langit dan bumi diletakkan di satu dacing dan dengan kalimah ‘Laailaha illallah’ diletakkan di atas dacing yang lain, maka (kalimah) lebih berat lagi.
9. Dalam hadis: Apabila seorang hamba mengucapkan kalimah ‘Laailaha illallah’dengan ikhlas hati, maka pintu langit terbuka bagi kalimah ini sehingga ia sampai ke Arasy, dengan syarat ia menjauhkan diri dari dosa besar.
Disertakan juga dengan video dari sumber  firestartingautomobil Youtube

Semoga ini jadi panduan dan di amalkan , mudah-mudahan Allah memberkatisepanjang kehidupan kita di dunia & akhirat.
-------Wallahu a'lam.-------

Zikir Ya Latiffu Ya Kahfi


Zikir Ya Latiffu Ya Kahfi


Zikir Ya Latiffu Ya Kahfi

Hari ni rasanya ada satu perkara bagi pendapat saya baiknya dipanjangkan kepada umum kerana simpan pun nak buat apa kan ?
-Ya Latiff maksudnya Yang Maha Lemah Lembut/ Halus salah satu dari Nama Allah (asma'ul husna)..
-Ya Latiff ini juga merupakan zikir pelembut hati (melembutkan hati diri sendiri )
-Zikir ini memang amat mudah meluruhkan hati-hati yang keras batu lagi ego. 
- Mengamalkan Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma'ul husna selain menenangkan, menjernihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.


-Bagi hati-hati yang keras mulakan dengan kaifiat fatihah....terus zikir Ya Latif...tanpa mengira berapa pun.. Beri tumpuan lafaz zikir dan mata hati …  pasti berjujuran air mata memberikan kesan pada rohani kita yang dalam.... 
 Kelebihan  Zikir Ya Latiff
****Zikir Ya Latiff khasiat yang menjadi rahsia Allah. kalau nak bongkarkan rahsia ni, kenalah amalkan.. Antaranya
1.Berkesan membentuk peribadi anak-anak dan menangani kerenah anak untukmengurangkan masalah kedegilan dan panas baran anak dan juga supaya anakmudah menerima pelajaran apa yang diajar oleh gurunya .
-Mula-mula berselawatlah ke atas junjungan Nabi Muhamad dan bacalah surah alfatihah. Kemudian baca surah taha ayat 1-5, hembuskan dan sentuh dengan lembut ubun-ubun anak dengan tangan kanan sambil berdoa YA ALLAH LEMBUT KAN HATI ANAKKU (SEBUT NAMA)..SEBAGAIMANA ENGKAU LEMBUTKAn NABI DAUD AKAN BESI dan menyatakan harapan. sambil berzikir Ya Latiff  didalam hati
-Membaca surah Thaha ayat 1-5,baca surah Ikhlas, Fatihah, Ayat Kursi (1 kali ) Baca berulang kaliYa Latiff kemudian tiupkan pada botol air untuk minuman dan masakan seisi keluarga.
-Semasa menidurkan anak dalam buaian baca zikir Ya Latiff
-Sewaktu bangun dari tidur pada waktu pagi, peluklah anak usapkan kepala anak dan berselawat, Baca berulang kali zikir Ya Latiff sambil berniat di dlm hati (bergantung pada niat kita untuk si anak)
2. Sebagai Suami/ isteri atau yang masih bujang ( ingin mendekatkan jodoh) ,Perbanyakkan Membaca Zikir Ya Latiff sambil berniat di dalam hati melembutkan hati diri sendiri, melembutkan hati pasangan Suami / isteri atau pasangan kekasih, Meredakan ketegangan rumah tangga, meredakan sifat marah, mengelak perceraian dan melembutkan hati musuh..
3. Bagi yang ingin mendapatkan kemurahan rezeki, mendapatkan pekerjaan, kenaikan pangkat dan melariskan perniagaan atau menghadapi peperiksaan atau temuduga… Perbanyakkan Membaca Zikir Ya Latiff dan surah as-Syura ayat 19 ( seperti di atas) sambil berniat apa yang di hajati.. Insya Allah mudahan berjaya
4. Juga dikatakan dengan izin Allah perbanyakkan membaca Zikir Ya Latiffsebagai penawar perbagai penyakit atau terkena sihir …
5. Ketika ribut petir maka eloklah di perbanyakkan membaca zikir Ya Latiff ni ,InsyaAllah akan redalah ribut petir...
6. Bagi yang menghadapi musibah atau bencana elok perbanyakkan membaca zikir Ya Latiff untuk kuatkan semangat dan ketabahan hati menghadapi segala ujian..
Disertakan juga dengan video dari sumber firestartingautomobil Youtube 

Mudah-mudahan Allah memberkati sepanjang kehidupan kita di dunia & akhirat.
-------Wallahu a'lam.-------

Zikir Harian Patut Diamalkan


Zikir Harian Patut Diamalkan

Zikir Harian
-Betapa banyaknya pahala jika kita mendengar alunan zikir, apa lagi menyebutnya..
-Ketahuilah…. bahawa makhluk haiwan dan tumbuhan Allah ciptakan hanya berzikir kepada Allah di samping memberi khidmat pada manusia., ia tidak pernah berhenti berzikir kepada Allah sehinggalah hari kiamat….
-Sedangkan makhluk Allah yang kecil itu bersungguh-sungguh tanpa penat berzikir memuji Allah..  
-Terima kasih Allah kerana mengingatkan aku supaya tidak lupa kepadaMu.Subhanallah walhamdulillah wa la ilaha illalllah wallahu akbar.
-Jangan lah kita sebagai manusia berat hendak melafas tasbih, tahmid, tahlil dan takbir sebagai tanda kita bersyukur atas nikmat kurnia yang Allah bagi pada kita...

-Rasulullah saw. bersabda, "Lazimkan membaca subha nallah walhamdulillah wala ilaha illallah wallahu akhbar, kerana semua itu dapat menghapuskan dosa sebagaimana gugurnya daun dari pohon".
  (HR Ibnu Majah)
-Di antara zikir yang boleh dirutinkan setiap saat, dibaca agar lisan terus basah dengan zikrullah adalah empat kalimat mulia iaitu  
 
Cerita disebalik zikir ini:

1)Kalimah Subhanallah
Ibnu Abbas RA berkata: “Ketika Allah SWT menjadikan Arasy, lalu menyuruh malaikat memikulnya. Para malaikat merasakan amat berat memikulnya. Kemudian Allah SWT menyuruh malaikat membaca (menyebut); Subhanallah. Sebaik sahaja malaikat membacanya, maka terasa ringan memikul Arasy dan mereka terus menyebut (berzikir) selama-lamanya.”
2) Kalimah Alhamdulillah
 Kata Ibnu Abbas ra lagi: “Apabila Allah SWT menjadikan Adam as. Maka mula-mula yang keluar dari mulut Adam ialah bersin. Lalu Allah ilhamkan kepadanya untuk membaca (menyebut); Alhamdulillah. Sebaik sahaja Adam as menyebutAlhamdulillah, lalu Allah menjawab; Yarhamuka Rabbuka (kerana rahmat itulah Aku menjadikan engkau).
“Kemudian malaikat berkata: Inilah kalimah mulia dan baik dan tidak sepatutnya kami abaikan. Maka para malaikat pun membaca (berzikir) Suhhanallah Walhamdulillah.
 
3) Kalimah Laa illaha illallah
 “Para malaikat membaca (berzikir) demikian sehinggalah Allah SWT mengutuskan Nabi Nuh as. Oleh kerana kaum Nabi Nuh adalah kaum pertama menyembah berhala, maka Allah SWT mewahyukan kepada Nabi Nuh as supaya menyuruh kaumnya membaca; Laa illaha illallah bagi mendapatkan keredhaan Allah.”
“Lalu berkata malaikat: “Inilah kalimah ketiga yang besar dan baik yang tidak boleh kami abaikan. Maka malaikat pun menggabungkan dengan dua kalimah sebelumnya untuk menjadi: Subhanallah Walhamdulillah, Walaa ilaha illallah.
“Para malaikat mengamalkan kalimah tersebut sehingga terutusnya Nabi Ibrahim as.  

4)Kalimah Allahu akbar
Setelah terutusnya Nabi Ibrahim as, Allah SWT telah memerintahkan bagindamenjalankan korban ke atas anaknya, yang mana akhirnya Allah telah menebusanaknya Ismail dengan seekor kibas (kambing).
“Apabila Nabi Ibrahim as melihat anaknya terselamat dari disembelih dan digantikan dengan kibas (kambing), maka Nabi Ibrahim as menyebut: Allahu akbar, kerana merasa terlalu gembira atas nikmat yang dikurniakan Allah kepadanya.
Berkata para malaikat: “Inilah kalimah keempat yang sungguh baik dan besar.Kemudian para malaikat menggabungkan kalimah itu dengan tiga kalimahsebelumnya menjadi: Subhanallah, Walhamdulillah, Walaa ilaha illallah, Wallahu akbar.

5) Kalimah Walaa haula Wala quwwata illa billahil aliyil aziem.
“Ketika malaikat Jibril as menceritakan kisah ini kepada Rasulullah SAW, bagindamerasa kagum dan terus melafazkan: Laa haula Wala quwwata illa billahil aliyilaziem.”
Kemudian Jibril as berkata: Gabungkan kalimah yang empat itu sehingga menjadiSubhanallah, Walhamdulillah, Walaa ilaha illallah, Wallahu akbar, Walaa haula Wala quwwata illa billahil aliyil aziem.
Disertakan juga dengan video dari sumber firestartingautomobil Youtube 
Mudah-mudahan Allah memberkati sepanjang kehidupan kita di dunia & akhirat. 
-------Wallahu a'lam.------
Related Posts with Thumbnails