Wednesday, December 19, 2012

ways to make money

Hah! gempak tak tajuk aku letak tu?

Kalau nak belajar macam mana nak buat duit, macam-macam cara boleh buat duit.
Dengan menabung ke, kerja part time ke, buat bisness online ke, click to pay ke dan macam-macam lagi.
Jadi aku nak citer pengalaman aku buat duit melalui buat survey nie.

Mula2 nak start pening gak kepala nie nak buat.
masuk kat sini http://my.ipanelonline.com/register?inviter_id=1093967

kat sini, survey dier agak bagus gak kalau untuk orang yang rajin dan penyabar. kalau tak tahu macamane dier punyer fungsi, pas register tu, tekan help. dier ade ajar kita mcmane nak buat survey. tak rugi pom. coz xde keluar modal.dan kita dibayar cash. kalau tak tau macamana nak keluarkan duit, boleh la email aku kt xarenaamin@gmail.com. aku sedia membantu.

tapi yang ini pom best gak. saje je gatal2 buat waktu terluang. kalau rase nak try, boleh la click kat sini.
http://2b3256og5vjm44cj-6y1av9q82.hop.clickbank.net/?tid=99BFBNSP. kalau tak dapat click, copy and paste k.

tambahan...yang nie aku baru je jumpa semalam (28/12/12) website malaysian payperclick. dier bayar kita untuk klik gak nie. untuk orang malaysia jew...tak percaya cubalah klik kat bawah tu.

http://www.payperclick.com.my/index.php?ref=suhada85


itu saje buat pengetahuan korang. Selamat mencuba! ^_^


29/12/12

hari ini aku nak tambah maklumat. kawan aku suka buat part time. dan macam-macam part time dia buat. dia suggest aku kerja part time tapi abang aku tak bagi. dia suruh aku duduk rumah jaga baby.

Jom! aku suggest korang jela kerja apa yang boleh buat part time.

1. MCD - kalau korang tak malu, dan tak boikot MCD, boleh kerja sini buat part time. selain tu...PIZZA dsb.

2. Klinik - Kerja ini banyak klinik nak pakai orang lepas pukul 6.00pm hingga kul 11 or 12.00am
                 gaji sebulan adalah dalam rm150.00-rm250.00.

3. Kedai sweetly - kerja buat roti dan kek. boleh dapat dalam rm350-rm 450. kadang-kadang boleh cecah 500@600. bergantungla pada tokey kedai.

4. Home tuisyen - banyak nie....tapi aku tak ingat la berapa banyak leh dapat dalam sebulan.

okie...nanti aku sambung lagi...lupa dah.^_^



10/01/2013

Ingat lagi tak pada laman web nie:  http://my.ipanelonline.com/register?inviter_id=1093967

aku ade la cuba cash kan duit tu....tak sangka leh dapat. tapi aku tak guna pom. saje je nak try. betul ke x.


ni buktinyer...lama dah dpt tapi bru arinie teringat nak paste kat sini. kalau korang nak bukti terbaru, nanti aku cashkan balance point yang aku dapat tu.

Hari ini ada jumpa benda free baru tapi belum cuba lagi. nantilah esok lusa try..huhuhu...

17/01/2013

ini payment ke-2 aku dari http://my.ipanelonline.com/register?inviter_id=1093967








hahaha...ade lagi payment dari ipanel nie...nantila tgu masa terluang nnti letak kat sini.

Thursday, April 19, 2012

Raihan - doa taubat

Monday, March 26, 2012

RAHSIA MEKAH : NOMBOR 1.618 – KEAJAIBAN ALLAH


Kota Mekah
Makkah (ataupun Mekahdengan nama penuhnyaMakkah al-Mukarramah;Bahasa Arab: مكة المكرمة) terletak lebih kurang 73km daripada timur Jeddah. Makkah merupakan tempat lahirnya Islam serta Nabi Muhammad s.a.w. dan juga tempat baginda menerima wahyu daripada Allah S.W.T. Makkah ialah kota paling suci bagi umat Islam. Setiap hari sebanyak lima kali sehari, lebih kurang 1.5 bilion Muslim tidak kira di mana mereka berada, pasti akan menghadap kiblat di Kota Makkah untuk bersolat. Sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup seseorang Muslim akan mengerjakan haji pada bulan Zulhijjah setiap tahun di tempat tersebut. Di sini juga terletaknya Al Masjid Al Haram yang mana terdapatnya Kaabah.
Dalam klip video ini, kita akan melihat satu rahsia dan bukti saintifik yang sukar untuk dipercayai yang tersembunyi dalam Bandar Suci Mekah selama beribu-ribu tahun. APAKAH rahsia tersebut? RAHSIA NOMBOR HEBAT METAMETIK – 1.618. Kenapa nombor ini dikatakan hebat? Kerana Allah S.W.T sering menggunakan nombor ini dalam penciptaan beberapa kejadian dalam alam semesta seperti denyutan jantung, nisbah spiral DNA, susunan daun dan struktur spiral pelbagai galaksi. Allah S.W.T sering menggunakan nombor yang sama iaitu “NOMBOR NISBAH EMAS – 1.618“.
Keunikan Manusia
Selain itu, nisbah ini juga digunakan pada piramid di Mesir dan pada rekaan pelbagai binaan struktur bangunan yang terkenal. Seorang Astronomer bernama Keplermenyatakan bahawa nombor ini boleh diumpamakan sebagaiHARTA yang sangat berharga. Manakala Dr. Steven Markout, Pakar Estetika pula telah membuktikan hasil kajiannya selama 25 tahun bahawa setiap RUPA dan BADAN manusia dihasilkan dengan menggunakan nisbah ini dianggap CANTIK oleh setiap orang di dunia ini. Ini kerana jika sebarang bentuk mempunyai nisbah aspek 1.618, nescaya bentuk ini akan menjadi NISBAH EMAS – REKABENTUK SEMPURNA (PERFECT DESIGN). Anologinya, ukuran pada wajah manusia di mana kedudukan ukuran mulut ke dagu, mulut ke hidung dan ukuran pada tangan manusia di mana ukuran nisbah pangkal tangan ke sendi, sendi ke tapak tangan semuanya didapati menggunakan nisbah 1.618.
Dimanakah Titik Nisbah Emas Di Bumi?
Hasil kajian mendapati “The World’s Golden Ratio Point” berdasarkan kepada nisbah 1.618 terdapat di bumi. Ia dapat dibuktikan dengan nisbah jarak antara Mekah dan Kutub Utara serta nisbah jarak antara Mekah dan Kutub Selatan yang didapati menggunakan nisbah 1.618. Jika dirujuk kepada kedudukan Mekah di dalam peta didapati kedudukan lokasinya berada di latitude yang menunjukkan Kota Mekah. Kalau diukur pula nisbah jarak Mekah ke arah Timur dan Barat yang ditentukan oleh garis solstis, ia masih menunjukkan Kota Mekah. Subhanallah…..
Semua bukti-bukti ini menunjukkan kepada kita bahawa Pencipta Alam danMetametik adalah SATU tuhan yang SAMA iaitu ALLAH S.W.T……

MASONIC MESSAGE IN MALAYSIA – ASMARADANA, PUTERI GUNUNG LEDANG

 
 
 
 
 
 
1 Vote

Lagenda Puteri Gunung Ledang
Puteri Gunung Ledang merupakan sebuah filem yang dilakon oleh M. Nasir dan Tiara Jacquelina pada tahun 2004. Ekoran daripada kejayaan filem ini, penerbit filem ini kemudiannya menerbitkan teater muzikal yang sama jalan ceritanya. Filem tersebut merupakan filem yang menelan belanja tertinggi dalam sejarah pengeluaran filem di Malaysia. Ini juga buat kali pertama Tiara Jacquelina menjadi pelakon dan penyanyi iaitu lagu tema filem ini,“Asmaradana”. Filem itu diarah oleh Teong Hin Saw dan dikeluarkan oleh Shazalli Ramly. “Puteri Gunung Ledang” telah mencapai kedudukan ke-49 dalam senarai tapisan Kategori Filem Asing Terbaik di Anugerah Akademi Oscar (“Academy Awards”) Tahun 2004.
Sinopsis Filem
Empayar Majapahit dilanda gawat setelah diserang oleh Putera Demak dari Jawa. Untuk mengelak dari kejadian menjadi bertambah buruk, raja Majapahit, Gusti Adipati Handaya Ningrat menawarkan Putera Demak berkahwin dengan adiknya, Gusti Putri Retno Adjeng Dumilah. Tanpa pengetahuannya, Gusti Putri telah melarikan diri dengan berlayar ke Gunung Ledang untuk bersama cinta hatinya Hang Tuah.
Dalam versi filem ini ia memaparkan yang Puteri Gunung Ledangsebenarnya puteri Gusti Putri Raden Adjeng Retno Dumillah dari Majapahit di Pulau Jawa yang merajuk dan membawa diri ke Gunung Ledang. Beliau sebenarnya menunggu masa untuk bertemu dengan Hang Tuah yang pernah ke Majapahit.
Icon Puteri Gunung Ledang terhasil dari simbol "The Eyes of Horus"
Koleksi Icon "The Eyes of Horus"
Walau bagaimanapun, halangan berlaku di antara Puteri Gunung Ledang dan Hang Tuah apabila abang Gusti Putri, Gusti Adipati terpaksa mengahwinkan Gusti Putri dengan Sultan Melaka, Sultan Mahmud pula. Utusan peminangan diutus dan diketuai oleh Hang Tuah sendiri. Akhirnya, setelah pelbagai cabaran, Gusti Putri terpaksa menurut permintaan Hang Tuah yang taat pada Sultan, tetapi dengan 7 syarat. Perutusan pulang ke istana Melaka tanpa Hang Tuah yang kecewa atas kegagalannya. Sultan Mahmud murka dengan kedegilan Gusti Putri dan sanggup menerima cabaran ketujuh-tujuh syarat walaupun bakal meragut nyawa anaknya sendiri.
Tersebut adalah petikan dari filem menyebut akan tujuh syarat peminangan Gusti Putri terhadap Sultan Mahmud yang diterjemahkan darisanskrit Jawa:
  • “Pertama, air mata dara yang tidak berdarah, tujuh tempayan banyaknya…” 7 tempayan air mata anak dara.
  • “Kedua, pinang, bukannya kahwin kerana tidak tua, merah darahnya, tujuh tempayan banyaknya…” 7 tempayan air pinang muda.
  • “Ketiga, merangkak bebas di daratan, darah juga kehendaknya, sifatnya, tujuh dulang banyaknya…” 7 dulang hati kuman.
  • “Keempat, terbang bebas di udara, darah juga kehendaknya, sifatnya, tujuh dulang banyaknya…” 7 dulang hati nyamuk.
  • “Kelima, darah putih rakyat untuk menambat darah kuning raja dari tapak ke takhta…” 1 jambatan perak dari Melaka ke Gunung Ledang.
  • “Keenam, darah merah rakyat untuk menambat darah kuning raja dari tapak ke takhta…” 1 jambatan emas dari Melaka ke Gunung Ledang
  • “Ketujuh, darah Siguntang tetap mengalir, badan bersilih menanti, sebatil…” 1 mangkuk darah Sultan Ahmad, iaitu anak Sultan Mahmud Shah, dan yang masih kanak-kanak.
Mesej Masonic Diterjemahkan Secara Halus Dalam Lagu “Asmaradana”
Melalui petikan tersebut, didapati permintaannya berunsurkan ‘darah’ yang menguatkan dan menegaskan lagi bahawa jawapan bagi peminangan itu adalah satu penolakan. Begitulah ceritanya tentang filem ini. Tetapi itu dari kacamata perfileman sahaja. Dari sudut pandangan mesej yang hendak diutarakan ia jelas MERBAHAYA dan MENGELIRUKAN kita. Apa tidaknya, dalam klip video Lagu “ASMARADANA” nyayian Tiara, terdapat banyak unsur-unsur ILLUMINATI dan FREEMASONS yang diselitkan sebagai halwa mata dan dendangan di telinga kita.
Gerak tari dan lenggok badan berunsurkan Masonary
Cuba hayati klip video ini di mana unsur-unsur berikut jelas dijadikan FOKUSsecara JELAS dan SISTEMATIK. Mari kita senaraikan satu persatu unsur tersebut :
  1. The Eye of Horus @ Ra - Merekacipta dan merubah simbol purba Mesir kepada ICON FILEM – Puteri Gunung Ledang di mana simbol ini adalah merujuk kepada Dewa Matahari (Ra) perlindungan, diraja kuasa dan kesihatan yang baik yang dianuti oleh juak Freemasons dan Illuminati, http://www.squidoo.com/the-eye-of-ra-tattoo
  2. Triangle Stage – Pembinaan pentas tarian berbentuk geometri segitiga yang tidak lengkap dan diterangi oleh lampu di sudut paling atas segitiga tersebut. Bentuk segitiga ini adalah merujuk kepada ” The all-seeing eye of God” yang menjadi Simbol Ketuanan Dajjal,
  3. The Illuminati Maze –  Apakah kaitannya maze ini dalam menceritakan filem ini. Tiada kaitan, hanya untuk menguatkan lagi kewujudan unsur Illuminati dalam klip video ini. Ini kerana kegunaan maze ini adalah sebagai hiasan simbolik penganut Illuminati,
  4. The Devil 6-6-6 – Mengapa digunakan simbol 6-6-6 untuk jumlah penari pengiring? Sedangkan kawasan pentas dan sekitarnya masih luas ini. Angka 6-6-6 ini merujuk kepada Dajjal atau Lucifer,
  5. The Incomplete Triangle – Segitiga ini dapat dilihat semasa penari pengiring mengayakan simbol 6-6-6 bersama Tiara. Ini adalah BUKTIkukuh yang menjelaskan TUJUAN utama klip video ini dihasilkan, ia tidak lain adalah untuk memBUKTIKAN kepada MasyarakatHOLLYWOOD bahawa ini bukan FILEM WAJAH KITA tetapi  FILEM WAJAH MEREKA,
  6. Idol Worshiping – Langkah tari dan lenggok badan adalah menyerupaiUPACARA PENYEMBAHAN yang dijalankan dalam MASONARY SPIRITUAL CEREMONY,
  7. The Sign of Devil – Cuba perhatikan cara gerak tari Tiara semasa mengangkat tangan dan menutup sebelah MATA secara berulang kali. Tindakan ini menyerupai SIMBOL KOD RAHSIA juak-juakMASONIC.
Marilah kita berlapang DADA, membuka MINDA dan mencari IDEA untuk menyelamatkan negara kita dari dibelenggu oleh proksi atau anasir luar yang bertopengkan nilai KESENIAAN, KEBUDAYAAN dan KREATIVITI BERTERASKAN MASONIC…..
Masonic Message in Malaysia – Asmaradana, Puteri Gunung Ledang, posted with vodpod

RAHSIA DI SEBALIK PENGGUNAAN NOMBOR KOD PADA BOTOL PLASTIK

 
 
 
 
 
 
2 Votes
Benarkah botol plastik bahaya digunakan lebih daripada sekali.
Pendahuluan
Adakah anda pernah meminum air dari botol plastik dan melihat simbol segitiga di bahagian bawah dengan lebih terperinci? Adakah anda tahu apa gunanya nombor yang tercatat padanya? Adakah anda rasa bahawa ia hanya untuk kitar semula? Jika anda menjawab ya, ia menandakan anda adalah SALAH! Sebenarnya kegunaan bilangan nombor tersebut adalah sebagai satuindikator kepada kita dalam memberitahuBAHAN KIMIA apakah yang digunakan dalam menghasilkan botol plastik tersebut. Kod nomborpada simbol ini bukannya menunjukkan lebih besar nombornya, lebih tahan lama bekas tersebut, sebaliknya ia menunjukkan jenis bahan yang diguna (dari unsur Polymer iaitu bi-produk dari bahan Petroleum).
Ini bermakna bahan plastik yang terkandung di dalam bekas tersebut telah terhakis dan masuk ke dalam makanan/minuman tersebut. Ia dikeluarkan oleh The Society of Plastic Industry pada tahun 1988 di US. Dan seterusnya kod-kod ini digunapakai oleh badan-badan yang berkaitan seperti ISO. Mari kita kenali jenis-jenis plastik yang dihasilkan dan digunakan secara meluas di seluruh dunia.
Resin Identification Symbol System (SPI)
Untuk memudahkan dokumentasi sampah yang betul terhadap jenis-jenis plastik botol dan bekas yang biasa dijumpai dalam longkang dan parit di sekitar kediaman untuk tujuan kitar semula, Sistem Simbol Pengenalan Resin SPI, juga dikenali sebagai bahan bekas sistem pengekodan telah dicipta oleh Persatuan Industri Plastik atau Society of the Plastics Industry (SPI) pada tahun 1988. Pada masa itu, majoriti besar bungkusan plastik dibuat dengan salah satu daripada enam bahan berikut :Polyethylene Terephthalate (PET atau PETE), High density uretana(HDPE), Vinyl (Polyvinyl Chloride atau PVC), Polyethylene berketumpatan rendah (LDPE), Polypropylene ( PP), atau polistirena(PS). (Sila rujuk gambarajah di bawah)
Penggunaan kod SPI adalah bertujuan untuk menyembunyikan tahap bahaya bahan kimia terhadap produk plastik di pasaran
Berdasarkan kepada SPI, terdapat enam jenis plastik yang digunakan secara meluas di pasaran Malaysia. Ia telah diberikan nombor khas dari 1 ke 6 sebagai sistem pelabelan sukarela yang seragam untuk seluruh negara dan peringkat antarabangsa. Namun begitu, terdapat satu kod SPI berkod nombor 7 yang dikenali sebagai “7-OTHERS” telah dilabelkan untuk apa-apa bahan plastik yang diperbuat selain daripada enam jenis bahan palstik biasa atau diperbuat lebih daripada satu plastik yang digunakan secara kombinasi. Senario ini berlaku ekoran daripada perkembangan industri plastik di mana banyak jenis-jenis bahan plastik baru telah muncul di pasaran dunia.
Jenis-Jenis Bahan Plastik
Setelah kita mengetahui apakah yang dimaksudkan dengan Resin Identification Symbol System (SPI) secara sepintas lalu. Maka di sini ingin saya menerangkan serba sedikit jenis-jenis bahan plastik yang digunakan bagi tujuan rujukan dan makluman bersama. Bersama ini diterangkan jenis-jenis bahan plastik dan kesan terhadap manusia.
Jenis-jenis bahan plastik yang berada di pasaran
Kod No. 1 – Polyethylene Terephthalate (PETE atau PET)
Simbol ini biasanya diklasifikasikan untuk botol yang jernih seperti botol air mineral. Penggunaannya disarankan hanya sekali pakai sahaja kerana jika terlalu kerap digunakan lebih-lebih lagi untuk mengisi air panas, lapisan polimer pada botol tersebut akan bocor dan mengeluarkan karsinogenik iaitu antara pencetus kanser. Semasa plastik jenis ini dihasilkan, antimoni trioksida yang boleh mengundang bahaya kerana ia boleh memasuki tubuh melalui sistem pernafasan. Sekiranya seseorang terdedah pada bahan ini dalam jangka masa yang lama, iritasi pada kulit dan saluran pernafasan akan berlaku. Bagi wanita pula, ia boleh meningkatkan masalah haid, keguguran kandungan dan berkemungkinan anak yang dilahirkan mengalami pertumbuhan yang lambat sehingga usianya menjangkau 12 bulan.
Kod No. 2 – High Density Polyethylene (HDPE)
Lazimnya kita menjumpai simbol ini pada botol susu dan bekas makanan. HDPE merupakan salah satu bahan plastik yang selamat digunakan kerana kemampuannya mencegah tindak balas kimia antara kemasan plastiknya dengan minuman atau makanan yang diisi di dalamnya. HDPE memiliki sifat bahan yang kuat, keras dan lebih tahan pada suhu yang tinggi. Seperti juga PET, ia disarankan untuk sekali pakai kerana pembebasan antimoni trioksida akan meningkat dari masa ke semasa.
Kod No. 3 – Polyvinyl Choride (V atau PVC)
Ia adalah sejenis yang plastik yang paling sukar dikitar. Ia biasanya digunakan sebagai pembalut makanan (cling wrap) dan pada botol-botol yang lain. Ia juga mengandungi DEHA yang berupaya bertindak balas dengan makanan yang dibalut dengan plastik ini apabila ia bersentuhan secara terus. DEHA mencair pada suhu -15 darjah. Apabila berlaku tindak balas antara PVC dengan makanan yang dibalut dengannya boleh mengundang bahaya kepada ginjal, hati dan berat badan.
Kod No. 4 – Low Density Polyethylene (LDPE)
Sejenis plastik berwarna coklat yang dihasilkan daripada minyak bumi (thermoplastic). Ia dipakai sebagai bekas makanan atau botol-botol yang kemek. Ia bersifat kuat, tembus cahaya, fleksibel dan permukaannya agak berminyak. Ia sangat tahan di bawah suhu 60 darjah selsius kepada tindak balas kimia dan mempunyai daya perlindungan yang baik terhadap wap air tetapi kurang elok bagi gas-gas lain seperti oksigen. Ia masih boleh dikitar semula tetapi sukar untuk dilupuskan.
Kod No. 5 - Polypropylene (PP)
Ia merupakan pilihan yang terbaik untuk bahan plastik terutamanya sebagai tempat menyimpan makanan, minuman dan botol susu bayi. Ia bersifat jernih, lebih kuat dan ringan dengan daya tembusan wap yang rendah, tahan terhadap minyak, stabil pada suhu yang tinggi serta berkilat. Boleh ditemui pada penutup botol, botol kicap dan juga pada bekas perubatan.
Kod no. 6 – Polystyrene (PS)
Kebiasaannya digunakan sebagai bekas makanan styrofoam dan cawan atau gelas minuman pakai buang. Ia juga merupakan polimer aromatik yang boleh mengeluarkan styrene pada makanan sekiranya ia bersentuhan.Styrene ini juga boleh ditemui pada asap rokok, kenderaan atau kilang. Plastik PS ini seharusnya dielakkan kerana ia berbahaya padaotak, berpotensi mengganggu hormon estrogen wanita yang mengakibatkan masalah kepada sistem peranakan, pertumbuhan dan sistem saraf. Ia juga susah dikitar semula malah memerlukan masa yang lama untuk memprosesnya.
Kod No. 7 – Other : SAN (Styrene acrylonitrile), ABS (Acrylonitrile butadiene styrene), PC (polycarbonate)
Ia boleh ditemui pada bekas makanan dan minuman, komputer dan alat elektronik. PC biasanya digunakan untuk botol susu bayi, sippy cup, botol minuman dan tin susu formula. Bahan ini boleh memindahkan Bisphenol-A. Jika suhu meningkat ekoran pemanasan kepada makanan dan minuman yang berpotensi merosakkan hormon, kromosom pada ovari, penurunan penghasilan sperma serta mengubah fungsi imunisasi. SAN dan ABS pula memiliki daya tahan yang tinggi terhadap tindak balas kimia dan suhu, kekuatan, kekakuan dan pertambahan tingkat kekerasan.SAN biasa terdapat pada mangkuk adunan (mixer), balutan termos, piring, alatan makanan, penapis minuman dan berus gigi manakalaABS pula digunakan pada barang mainan dan paip. SAN dan ABS merupakan bahan plastik yang sangat baik digunakan.
Kesimpulan
Setelah kita mengetahui tentang kesan dan bahaya penggunaan jenis-jenis bahan plastik seperti yang telah diperbincangkan. Saya menyeru dan menyarankan agar kita bersama-sama berganding bahu untuk mengambil tindakan SEGERA supaya mengelak dari berlakunya sebarang perkara yang tidak diingini kepada keluarga dan sanak saudara. INGAT! pastikan bahan-bahan plastik berkod 1 hanya digunakan sekali sahaja. Manakala bahan plastik berkod 5, jangan digunakan dalam tempoh yang terlalu lama.Tetapi PERINGATAN yang paling PENTING ialah JANGAN MENGGUNAKAN LANGSUNG bahan plastik berkod 3,6 dan 7. Alternatif terbaik dalam mengelak penggunaan bahan-bahan ini ialah menggantikannya dengan bekas yang diperbuat dari seramik atau kaca yang dijamin selamat.
Untuk mendapatkan gambaran yang jelas berkaitan keburukan dan kesan bahan plastik ini kepada manusia, sila tontoni klip video yang dimuatkan di bawah ini.
Sumber Rujukan :

Sunday, March 25, 2012

MANGALITSA, MANGALITZA, MANGALICA – APAKAH BENDANYA?

Mangalitsa Mangalitza Mangalica (Babi Biri-Biri)
Pengenalan
Semua orang mengetahui kain “wool” terhasil adalah dari bulu kambing biri-biri. Namun begitu, percaya atau tidak terdapat haiwan lain selain biri-biri yang berupaya mengeluarkan bahan mentah (bulu) untuk menghasilkan “wool”? Jawabnya Ya! namanya babi berbulu biri-biri. Kalau diamati dari jauh,memang babi ini nampak seperti biri-biri. Tetapi bila terdengar sahaja bunyi suaranya, anda barulah menyakini ia adalah babi yang dipanggil Mangalitsa, Mangalitza atau Mangalica.
Mangalitsa Mangalitza Mangalica
Istilah Mangalitsa (US), Mangalitza (UK) dan Mangalica (Hungry)adalah nama saintifik yang dipanggil merujuk kepada nama satu spesis binatang yang sama iaitu “Babi Berbulu Biri-biri“. Di Hungary dan Balkan babi ini dikenali juga sebagai “Hog kerinting rambut”. Asal baka babi ini adalah dari baka Eropah yang mempunyai lemak jenis unimproved (Iberia Hitam dan babi Alentejana) yang mempunyai pertalian terus dengan spesis babi liar. Babi Mangalitsa adalah luar biasa kerana ia tumbuh berbulu ‘bulu’, yang serupa dengan yang seekor kambing. Baka babi lain yang mempunyai bulu yang panjang adalah jenis “Lincolnshire Curly Coat of England”.Sebelum ini Mangalitsa diternak untuk mendapatkan lemak babi.  Disebabkan permintaan yang kurang terhadap lemak, populariti baka ini  telah merosot dan kini dianggap sebagai “baka jarang”. Oleh kerana Mangalitsa menghasilkan terlalu banyak lemak dan kurang daging maka baka ini telah beransur-ansur digantikan dengan baka moden.
Bulunya sesuai dijadikan pakaian dan keperluan harian
Bulunya sesuai dijadikan pakaian dan keperluan harian
Kronologi Mangalitsa, Mangalitza dan Mangalica
Mangalitsa berambut perang terhasil daripada percantuman genatik (crossed) di antara babi Hungarian (Bakonyi dan Szalontai) jenis tahan lasak dengan baka Šumadija yang berasal dari Serbia sejak tahun 1833. Dan kemudiannya diusahakan oleh penyelidik seperti  Alföldi atau Croatia Siska dan Syrmien. Pembangunan dan penyelidikan ini diteruskan di Hungary pada awal abad ke 19. hasil penyelidikan mendapati spesis babi ini cepat berkembang bagi mendapatkan “fat-type” tanpa memerlukan apa-apa penjagaan khas. Pada tahun 1927, National Society of Fat-Type Hog Breeders(Mangalicatenyésztők Országos Egyesülete) telah ditubuhkan dengan tujuan untuk memperbaiki baka babi ini.
Mangalitsa adalah baka babi yang paling menonjol di rantau Balkan sehingga 1950 (terdapat 30,000 babi jenis ini di Hungary pada tahun 1943). Semenjak populariti dan populasi Mangalitsa berkurangan, ia telah mengakibat kenaikan harga makanan yang tinggi. Kini, pemilikan Mangalitsa telah menjadi trend dan hobi yang popular. Pada 17 Mac 2006, Mangalitza telah diimport dari Austria ke UK di mana ia telah berdaftar dengan British Pig Association  (BPA) dan baka ini dikekalkan mengikut perbincangan BPA Mangalitza Herd Book.
Barangan Keperluan Harian
Secara jujurnya, saya amat bimbang jika bulu babi ini digunakan sebagai bahan tenunan, jahitan atau bungkusan kepada barangan keperluan harian kita. Bayangkanlah jika bulu ini dibuatkan pakaian, sudah tentu kita sebagaiorang Islam akan sentiasa berada di dalam keadaan najis (kotor).Lebih parah lagi, jika bulu ini dijadikan permaidani, sejadah, kopiah dan lain-lain kegunaan umat Islam. Senario ini bukan sahaja menjadikan umat Islam dalam kekeliruan malahan seperti mempersendakan kesucian agama Islam secara halus.
Oleh itu, saya mencadangkan agar pihak bertanggungjawab seperti Jakim, Jabatan Vateriner dan lain-lain agensi kerajaan supaya dapat membuatpemantauan yang komprehensif dan bersepadu untuk menghalang semua produk berasaskan babi Mangalitsa, Mangalitza atau Mangalica dari memasuki pasaran negara samada ianya berbentuk barangan keperluan harian atau ternakan.

ADAKAH TUDUNG BIARAWATI KRISTIAN MENYERUPAI MUSLIMAH?

Pendahuluan
Siapakah aku?
Pada kali ini isu semasa yang akan diketengahkan adalah berkaitan pemakaian tudung kaum wanita masa kini sebagai renungan bagi wanita Islam. Polemik berkaitan adakah tudung wanita muslim menyerupai biarawati kristian menjadi topik yang hangat sejak kebelakangan ini. Untuk merungkai misteri terhadap persoalan ini, saya himpunkan catatan dan nukilan ulamak-ulamak terkenal yang memperjelaskan isu ini agar ia sedikit sebanyak dapat memberikan sedikit ilmu pengetahuan kepada kita. Selain daripada itu, himpunan garis panduan dan syariat Islam juga turut diketengahkan agar dapat kita memahami keindahan SURUHAN Allah S.W.T kepada umat Islam.
Bila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan muhram, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin keseluruhannya. Harga diri wanita terlalu mahal. Ini kerana syariat telah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar dengan warna yang tidak menarik serta menutup seluruh badannya dari kepala hingga ke kaki. Menyentuh berkenaan pakaian wanita, alhamdulillah sekarang telah ramai wanita yang menjaga auratnya, sekurang-kurangnya dengan memakai tudung. Dapat kita saksikan di sana sini wanita mula memakai tudung. Pemakaian tudung penutup aurat sudah melanda dari peringkat bawahan hingga kepada peringkat atasan. Samada dari golongan pelajar-pelajar sekolah hinggalah kepada pekerja-pekerja pejabat-pejabat.
Trend Masakini
Pemakaian tudung yang sempurna menonjolkan seri wajah muslimah yang lebih anggun
Walaupun pelbagai gaya tudung diperaga dan dipakai, namunpemakaiannya masih tidak lengkap dan sempurna. Masih lagi menampakkan batang leher, dada dan sebagainya. Ada yang memakai tudung, tetapi pada masa yang sama memakai kain belah bawah atau berseluar ketat dan sebagainya. Pelbagai warna dan pelbagai fesyen tudung turut direka untuk wanita-wanita Islam kini. Ada rekaan tudung yang dipakai dengan songkok di dalamnya, dihias pula dengan kerongsang (broach) yang menarik. Labuci warna-warni dijahit pula di atasnya. Dan berbagai-bagai gaya lagi yang dipaparkan dalam majalah dan suratkhabar fesyen untuk tudung. Rekaan itu kesemuanya bukan bertujuan untukmengelakkan fitnah, sebaliknya menambahkan fitnah ke atas wanita.
Walhal sepatutnya pakaian bagi seorang wanita mukmin itu adalah bukan sahaja menutup auratnya, malah sekaligus menutup maruahnya sebagai seorang wanita. Iaitu pakaian dan tudung yang tidak menampakkan bentuk tubuh badan wanita, dan tidak berhias-hias yang mana akan menjadikan daya tarikan kepada lelaki bukan muhramnya. Sekaligus pakaian bolehmelindungi wanita dari menjadi bahan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawabBilamana wanita bertudung tetapi masih berhias-hias, maka terjadilah pakaian wanita Islam sekarang walaupun bertudung, tetapi semakin membesarkan riak dan bangga dalam diri. Sombong makin bertambah. Jalan mendabik dada. Terasa tudung kitalah yang paling cantik, up-to-date, sofistikated, bergaya, ada kelas dan sebagainya. Bertudung, tapi masih ingin bergaya.
Sejarah Tudung
Jenis pemakaian tudung mengikut kepelbagaian agama
Dengan   berlalunya masa, kemerosotan iman dan penghayatannya berlaku di   kalangan umat Islam. Penjajah pemikiran dan sekutunya bertungkus-lumus menjauhkan umat Islam daripada ajaran Islam yang sebenar. Antara usaha mereka adalah menanggalkan tudung dari kepala wanita Islam. Mereka   berjaya meyakinkan wanita bahawa untuk maju, mereka harus mengikut   budaya Barat dan bebas daripada penindasan agama melalui cara   berpakaian. Cara hidup sekular dan propaganda pembebasan wanita pun dimainkan.
Corak serangan MINDA danGAYA kehidupan telah dirancang oleh musuh-musuh ISLAM melalui NGO’s yang berpaksikan KEBEBASAN HAK ASASI MANUSIA. Berselindung demi AGENDA jahat mereka yang tidak kenal erti penat dan rasa jemu untuk merosakkan AKIDAH dan pegangan umat Islam. Kita perlu bangkit dan membangun bersama semua umat Islam untuk bersatu menepis dakyah-dakyah dan muslihat mereka dari mencengkam minda dan jiwa kita.
Jangan meniru amalan agama lain
Perbezaan kaedah pemakaian tudung dan tata rias di antara biarawati dan muslimah
Mengenai penyerupaan/ peniruan kepada orang kafir, Nabi Muhammad S.A.W telah bersabda; “Sesiapa menyerupai satu kaum, ia dari kaum tersebut “ (HR Imam Abu Daud dari Ibnu Umar). Menurut Imam Ibnu Kathir; hadis ini merupakan larangan kerasterhadap perbuatan meniruorang kafir sama ada dalamucapan, perbuatan, pakaian, perayaan, ibadah dan sebagainya yang tidak disyariatkan untuk kita (umat Islam). (Lihat; Tafsir al-Quran al-Adziem, surah al-Baqarah, ayat 104).
Namun para ulamak menjelaskan; maksud peniruan/ penyerupaan kepada orang kafir atau orang fasik yang dilarang ialah yang KHUSUS bagi sesuatu kaum kafir atau fasiq iaitu yang menggambarkan identiti mereka, seperti; salib (yang melambangkan agama kristian), sabit dan penukul (lambang komunis), lambang nazi, pakaian-pakaian orang fasiq (seperti gaya berpakaian artis-artis Barat), gaya-gaya rambut orang fasik dan sebagainya.
Adapun pakaian yang dipakai oleh orang ramai tanpa mengira agama dan bangsa seperti seluar, baju kemeja, kot dan sebagainya atau berlaku kesamaan/ keserupaan secara kebetulan seperti jubah litup yang dipakai oleh imam-imam, ulamak-ulamak dan dipakai juga oleh paderi-paderi Kristian dan Yahudi, kopiah yang dipakai oleh orang-orang Islam dan turut dipakai oleh sebahagian penganut bukan Islam (seperti orang Yahudi), tudung kepala (yang turut dipakai juga oleh paderi-paderi wanita kristian) dan sebagainya, penyerupaan/ kesamaan secara UMUM atau kebetulan ini tidaklah termasuk dalam larangan hadis kerana ia bukan bersifat khusus bagi sesuatu kaum kafir atau melambangkan identiti agama mereka.
Cara membezakan pemakaian tudung
Untuk memudahkan kita membezakan bentuk penyerupaan yang harus dan yang tidak harus dalam kehidupan seharian maka di bawah ini dikemukan beberapa dhabit yang diberikan oleh ulamak ;
  1. Berkata Imam al-Qurthubi; “Jika suatu pakaian telah menjadiidentiti khusus bagi golongan fasik atau golongan yang suka berpoya-poya, dilarang orang lain memakainya (Faidhul-Qadier, 6/104).
  2. “Semua jenis pakaian yang boleh menimbulkan tanggapankepada orang yang melihat bahawa si pemakainya adakah kafiratau dari kelompok fasik, maka ia adalah penyerupaan yangdilarang agama” (Syeikh Abdul-Wahhab Tawilah).
  3. “Yang dikehendaki dengan menyerupai orang-orang kafir yangdilarang itu ialah menyerupai mereka dalam perkara yang menjadiidentiti khusus mereka dalam adat-adat (kebiasaan-kebiasaan hidup) dan menyerupai mereka dalam perkara-perkara yang direka mereka dalam agama mereka merangkumi urusan-urusan aqidah dan ibadah-ibadah mereka” (Majlis Fatwa Arab Saudi, 3/307).
  4. “Cara untuk menilai penyerupaan (yang dilarang) ialah; orang yang meniru/ menyerupai ia melakukan suatu perbuatan yang menjadi identiti khusus orang yang ditiru. Maka maksud menyerupi orang-orang kafir (yang ditegah agama) ialah seorang muslim melakukan sesuatu yang menjadi identiti khusus orang-orang kafir. Adapun perkara yang telah tersebar di kalangan orang-orang Islam dan tidak lagi menjadi ciri-ciri khusus orang kafir, ia tidaklah dikira penyerupaan dengan mereka. Maka ia tidaklah diharamkan kerana faktor penyerupaan walaupun mungkin diharamkan kerana faktor yang lain” (Syeikh Muhammad Soleh al-Uthaimin).
  5. Merujuk kepada persoalan UTAMA di atas, apakah tudung yang dipin ke belakang itu benar-benar menyerupai biarawati kristian?, persoalan ini perlulah diselidiki lebih lanjut. Namun secara zahirnya, di Malaysia ini wanita-wanita Islam yang memakai tudung sebegitu tidaklah dilihat oleh orang lain sebagai biarawati kristian atau orang yang ingin meniru mereka. Ia mungkin berlaku secara kebetulan. Oleh itu, pada pandangan saya ia tidaklah boleh kita anggap sebagai menyerupai biarawati Kristian secara dasarnya. Namun dari segi pemakaian tudung, hendaklah dipastikan ia mematuhi ciri-ciri tudung yang ditetapkan Allah S.W.T.
Tudung dan Syariat
Kategori pemakaian tudung yang diamalkan oleh wanita Islam
Isu   tudung tidak seharusnya menjadi polemik dalam masyarakat. Ia bukan  soal  etika berpakaian. Bagi Muslim, menutup aurat adalah perintah agama  yang  WAJIB dilaksanakan. Orang yang menggunakan ayat Allah dalam  permulaan  Surah Al Baqarah ayat 256  yang bermaksud “Tiada paksaan dalam  agama..…”  sebagai sandaran tidak boleh menguatkuasakan perintah  bertudung telah melakukan kebatilan dalam agama. Memang benar tiada  paksaan dalam  menganut agama Islam. Namun, setelah yakin Islam adalah  ajaran hidup  yang benar, semua umat Islam tidak terkecuali daripada  menjalankan  peritah Allah S.W.T secara keseluruhannya sebagaimana firmanNYA dalam surah  yang sama pada ayat awal dari surah Al Baqarah ayat  208 yang bermaksud:
“Wahai orang-orang yang beriman!   Masuklah ke dalam Islam secara keseluruhannya, dan janganlah kamu  ikuti  langkah-langkah syaitan. Sungguh ia musuh yang nyata bagi kamu.”
Peri hal kewajiban menutup aurat telah dijelaskan secara terperinci oleh Allah S.W.T dalam surah An Nur ayat 31 bermaksud:
“Dan   katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat   pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara   kehormatan mereka; dan janganlah memperlihatkan perhiasan tubuh mereka   kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan   leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah memperlihatkan   perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka;”
Cara Menutup Aurat – Panduan Syariat
Al   Quran dan As Sunnah tidak memperincikan bentuk atau warna hijab atau   tudung (sebahagian makna dari hijab), mahupun pakaian yang harus   digunakan oleh wanita Muslim. Namun, ulama memberikan garis panduan cara berpakaian mengikut landasan syariat. Antaranya ialah:
  1. Tiada bentuk atau fesyen tertentu bagi pakaian wanita Islam;
  2. Pakaian mestilah menutup seluruh anggota aurat dengan sempurna;
  3. Pakaian mestilah longgar dan tidak nipis supaya tidak menonjolkan susuk tubuh;
  4. Tidak   dengan tujuan untuk bermegah seperti memakai pakaian yang melampau mahalnya, fesyen dan warna yang ketara sehingga membezakannya dengan   orang lain dan menarik perhatian;
  5. Tidak terlampau zuhud dengan memakai pakaian yang terlalu lusuh sehingga menimbulkan ujub dalam diri,
  6. Tidak menyerupai pakaian lelaki .
Kesimpulan
Pemakaian   tudung adalah suatu kewajiban syarak. Ia bukanlah isu pilihan peribadi   dan mengenai hak asasi. Tanggapan bahawa adalah salah menghukum seseorang kerana ia tidak memakai tudung merupakan suatu tanggapan yang   terpesong. Tudung juga tidak boleh dianggap sebagai adat budaya   orang Melayu sahaja dalam konteks Malaysia ini. Orang Melayu dulu memakainya kerana agama Islam yang mereka anuti. Bagi umat Islam di Malaysia, pendidikan mengenai tudung, hakikat syaraknya dan cara pemakaiannya yang betul hendaklah diperbetul dan diperhebatkan.
Ini   adalah perlu sebab ramai antara kaum Muslimin dan Muslimat di Malaysia   tidak difahamkan dengan jelas, samada oleh individu di sekelilingnya,   masyarakat, keluarga mahupun pemerintah tentangkewajiban mengenakan   tudung dan pakaian menutup aurat yang sah di sisi syarak. Dengan   pemahaman ini, masyarakat akan lebih peka mengenai aturan syarak dalam   penutupan aurat. Seterusnya, ini akan menimbulkan kepekaan yang amat   tinggi dalam masyarakat, tegur-menegur atas kebaikan, khususnya dalam isu pemakaian tudung dan pakaian menutup aurat yang betul akan berleluasa dan rahmat Islam akan menyelubungi seluruh umat.

Related Posts with Thumbnails