Tuesday, May 14, 2013

Istighfar- Munajat Taubat


Istighfar- Munajat Taubat

Istighfar- Munajat Taubat
 
-Hari ni satu pertanyaan buat diri kita??? Boleh ke korang cakap korang tak buat dosa hari ni? Confirm takda dosa ke?
-Ya Allah,kita bukan Maksum... walaupun korang munking tak buat dosa pada manusia, tak buat salah, tapi korang sure korang tak buat silap pada binatang serangga. Korang tak tahu yang munkin masa tengah berjalan, kita terpijak semut. Itu dosa kecik, korang tak sengaja kan tapi ia tetap dosa sebab tu kita patut bertaubat memohon keampunan pada Allah setiap hari dan bermaafan antara kita. Kalau kita mudah memaafkan orang lain, dengan mudah nya Allah memaafkan kita.
Memperbanyakkan istighfar. 
-Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah , yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w.:"Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segalakedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka." (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa'i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas RA.)
" Dan Allah tidak akan sekali-kali akan menyeksa mereka,sedang engkau (wahaiMuhammad) ada diantara mereka ; dan Allah tidak akan menyeksa mereka sedang mereka beristighfar (memohon ampun) . "
(Anfal : 33 )
"Daripada Ibni Abbas Radiallahu Anhuma, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallambersabda : Sesiapa yang selalu beristighfar nescaya Allah akan menjadikan baginya kemudahan bagi setiap kesempitan, kesenangan bagi setiap kesedihan dan memberi rezeki tanpa diduga olehnya".
 (Riwayat Al-Imam Abi Daud)
-Hebatnya kekuatan istighfar itu sebagai munajat taubat dan banyak kelebihan bagi orang yang sering beristighfar. Justeru, digalakkan kita sentiasa beristighfar sebagai pendekatan secara lisan untuk memohon keampunan daripada Allah, kemudian diikuti dengan amalan soleh. Semoga Allah mengampunkan saya. Saya  ingin berkongsi dengan anda zikir taubat Astaghfirullah Rabbal Baraya.
Disertakan juga dengan video dari sumber  firestartingautomobil Youtube
  
Semoga zikir taubat Astaghfirullah Rabbal Baraya ini jadi panduan dan di amalkan , mudah-mudahan Allah memberkati sepanjang kehidupan kita di dunia & akhirat.
-------Wallahu a'lam.-------

Zikir Hasbi Rabbi Jalallah


Zikir Hasbi Rabbi Jalallah

Zikir Hasbi Rabbi Jalallah
-Hasbi Rabbi Jalallah adalah kalimah zikir yang diamalkan oleh para anbia dan diwarisi oleh ulama2 Islam.. -Zikir ini dapat memantapkan lagi keyakinan kita pada Allah serta ingatan kita pada NYA..
-Zikir ini sangat sesuai diamalkan sebagai penenang hati...kalau dihayatimemang  boleh mengalir air mata...terasa sayu.. 
-Jika anda semua berasa rindu akan seseorang,lafazkan lah dan baca lah zikir ini supaya hati anda rasa tenang dan sentiasa ingat pada Allah dan gantikan lah rindu itu kepada rindu Yang Maha Esa adalah lebih baik...
Disertakan juga dengan video dari sumber  firestartingautomobil Youtube
  
Semoga Zikir Hasbi Rabbi Jalallah ini jadi panduan dan di amalkan , mudah-mudahan Allah memberkati sepanjang kehidupan kita di dunia & akhirat.
-------Wallahu a'lam.-------

Zikir ‘Laailaha illallah’


Zikir ‘Laailaha illallah’

Zikir ‘Laailaha illallah’ 
-Sebenarnya saya ni bukanya pandai pun... Tapi kalau benda yang baik saya suka nak kongsi bersama, itu jer pegangan saya selama menulis ni.. Walaupun saya  ni bukan lah baik sangat pon...
-Hadis Anas bin Malik r.a:
Ketika Muaz bin Jabal mengekori unta Rasulullah s.a.w dalam satu perjalanan,Rasulullah s.a.w memanggil: Wahai Muaz! Muaz menyahut: Telah ku terimapanggilanmu itu wahai Rasulullah. Rasulullah s.a.w memanggil lagi: Wahai Muaz! Aku menyahut lagi: Telah ku terima panggilanmu itu wahai Rasulullah. Rasulullah s.a.w memanggil: Wahai Muaz! Aku menyahut lagi: Telah ku terima panggilanmu itu wahai Rasulullah. Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang mengucap Dua Kalimah Syahadat iaitu: لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ nescaya terselamatlah dia dari api neraka. Kemudian Muaz berkata: Bolehkah aku memberitahu perkara ini kepada orang ramai agar mereka sebarkan berita gembira ini? Rasulullah s.a.w bersabda: Kalau begitu, lakukanlah dan berserahlah kepada Allah.

( Hadith  Sahih Muslim : 47) 
Kelebihan zikir ‘Laailaha illallah’ 
Di mana sahaja dan pada apa sahaja masa hendaklah baca zikir ‘Laailaha illallah’dengan banyaknya kerana kelebihanya :
1. Di dalam hadis bahawa zikir yang tidak terhad kepada sebarang masa, tempat dan alasan ialah ‘Laailaha illallah’. Ia merupakan zikir yang cemerlang. Di dalam hadis yang lain bahawa ia adalah bentuk kebaikan yang tertinggi.
2. Di dalam hadis yang lain bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: “pada harikiamat orang yang paling beruntung mendapat syafaatku ialah orang yang banyak membaca kalimah ‘Laailaha illallah’ dengan hatinya dan jiwanya iaitu dengan hati yang ikhlas”.
3. Di dalam hadis yang lain, Rasulullah SAW bersabda: “Orang yang membaca‘Laailaha illallah’ di dalam keadaan penuh keikhlasan di dalam hatinya atau imanbersamaan dengan sebiji barli, maka ia akan dikeluarkan dari neraka jahanam. Dan orang yang membaca kalimah ini dan di dalam hatinya terdapat keikhlasan atau iman bersamaan sebesar biji gandum maka ia akan dikeluarkan dari api neraka jahanam dan orang yang membaca dengan penuh kebaikan atau iman maka ia juga akan dikeluarkan dri api Neraka Jahanam”.
4. Di dalam hadis lain terdapat: Orang yang membaca kalimah ‘Laailaha illallah’ dari hatinya, ia pasti akan memasuki syurga walaupun ia melakukan dosa seperti berzina dan mencuri, walaupun ia melakukan zina dan mencuri. (Nabi SAW telahmengulangkannya sebanyak 3 kali)
5. Hadis lain: Rasulullah SAW bersabda: Hendaklah kamu sentiasa perbaharui iman kamu. Para sahabat Rasulullah SAW berkata ‘Wahai Rasulullah SAW, bagaimanakah kami perbaharui iman kami? Rasulullah SAW menjawab ‘ucapkanlah Laailaha illallah sebanyaknya’.
6. Hadis lain: Rasulullah SAW bersabda: Tiada yang dapat menghalang kalimah‘Laailaha illallah’ sampai kepada Allah
7. Hadis lain: Zikir ‘Laailaha illallah’ tidak akan meninggalkan satu dosa pun dibelakang dan tiada satu amalan yang menyamainya.
8. Hadis lain: Jika tujuh petala langit dan bumi diletakkan di satu dacing dan dengan kalimah ‘Laailaha illallah’ diletakkan di atas dacing yang lain, maka (kalimah) lebih berat lagi.
9. Dalam hadis: Apabila seorang hamba mengucapkan kalimah ‘Laailaha illallah’dengan ikhlas hati, maka pintu langit terbuka bagi kalimah ini sehingga ia sampai ke Arasy, dengan syarat ia menjauhkan diri dari dosa besar.
Disertakan juga dengan video dari sumber  firestartingautomobil Youtube

Semoga ini jadi panduan dan di amalkan , mudah-mudahan Allah memberkatisepanjang kehidupan kita di dunia & akhirat.
-------Wallahu a'lam.-------

Zikir Ya Latiffu Ya Kahfi


Zikir Ya Latiffu Ya Kahfi


Zikir Ya Latiffu Ya Kahfi

Hari ni rasanya ada satu perkara bagi pendapat saya baiknya dipanjangkan kepada umum kerana simpan pun nak buat apa kan ?
-Ya Latiff maksudnya Yang Maha Lemah Lembut/ Halus salah satu dari Nama Allah (asma'ul husna)..
-Ya Latiff ini juga merupakan zikir pelembut hati (melembutkan hati diri sendiri )
-Zikir ini memang amat mudah meluruhkan hati-hati yang keras batu lagi ego. 
- Mengamalkan Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma'ul husna selain menenangkan, menjernihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.


-Bagi hati-hati yang keras mulakan dengan kaifiat fatihah....terus zikir Ya Latif...tanpa mengira berapa pun.. Beri tumpuan lafaz zikir dan mata hati …  pasti berjujuran air mata memberikan kesan pada rohani kita yang dalam.... 
 Kelebihan  Zikir Ya Latiff
****Zikir Ya Latiff khasiat yang menjadi rahsia Allah. kalau nak bongkarkan rahsia ni, kenalah amalkan.. Antaranya
1.Berkesan membentuk peribadi anak-anak dan menangani kerenah anak untukmengurangkan masalah kedegilan dan panas baran anak dan juga supaya anakmudah menerima pelajaran apa yang diajar oleh gurunya .
-Mula-mula berselawatlah ke atas junjungan Nabi Muhamad dan bacalah surah alfatihah. Kemudian baca surah taha ayat 1-5, hembuskan dan sentuh dengan lembut ubun-ubun anak dengan tangan kanan sambil berdoa YA ALLAH LEMBUT KAN HATI ANAKKU (SEBUT NAMA)..SEBAGAIMANA ENGKAU LEMBUTKAn NABI DAUD AKAN BESI dan menyatakan harapan. sambil berzikir Ya Latiff  didalam hati
-Membaca surah Thaha ayat 1-5,baca surah Ikhlas, Fatihah, Ayat Kursi (1 kali ) Baca berulang kaliYa Latiff kemudian tiupkan pada botol air untuk minuman dan masakan seisi keluarga.
-Semasa menidurkan anak dalam buaian baca zikir Ya Latiff
-Sewaktu bangun dari tidur pada waktu pagi, peluklah anak usapkan kepala anak dan berselawat, Baca berulang kali zikir Ya Latiff sambil berniat di dlm hati (bergantung pada niat kita untuk si anak)
2. Sebagai Suami/ isteri atau yang masih bujang ( ingin mendekatkan jodoh) ,Perbanyakkan Membaca Zikir Ya Latiff sambil berniat di dalam hati melembutkan hati diri sendiri, melembutkan hati pasangan Suami / isteri atau pasangan kekasih, Meredakan ketegangan rumah tangga, meredakan sifat marah, mengelak perceraian dan melembutkan hati musuh..
3. Bagi yang ingin mendapatkan kemurahan rezeki, mendapatkan pekerjaan, kenaikan pangkat dan melariskan perniagaan atau menghadapi peperiksaan atau temuduga… Perbanyakkan Membaca Zikir Ya Latiff dan surah as-Syura ayat 19 ( seperti di atas) sambil berniat apa yang di hajati.. Insya Allah mudahan berjaya
4. Juga dikatakan dengan izin Allah perbanyakkan membaca Zikir Ya Latiffsebagai penawar perbagai penyakit atau terkena sihir …
5. Ketika ribut petir maka eloklah di perbanyakkan membaca zikir Ya Latiff ni ,InsyaAllah akan redalah ribut petir...
6. Bagi yang menghadapi musibah atau bencana elok perbanyakkan membaca zikir Ya Latiff untuk kuatkan semangat dan ketabahan hati menghadapi segala ujian..
Disertakan juga dengan video dari sumber firestartingautomobil Youtube 

Mudah-mudahan Allah memberkati sepanjang kehidupan kita di dunia & akhirat.
-------Wallahu a'lam.-------

Zikir Harian Patut Diamalkan


Zikir Harian Patut Diamalkan

Zikir Harian
-Betapa banyaknya pahala jika kita mendengar alunan zikir, apa lagi menyebutnya..
-Ketahuilah…. bahawa makhluk haiwan dan tumbuhan Allah ciptakan hanya berzikir kepada Allah di samping memberi khidmat pada manusia., ia tidak pernah berhenti berzikir kepada Allah sehinggalah hari kiamat….
-Sedangkan makhluk Allah yang kecil itu bersungguh-sungguh tanpa penat berzikir memuji Allah..  
-Terima kasih Allah kerana mengingatkan aku supaya tidak lupa kepadaMu.Subhanallah walhamdulillah wa la ilaha illalllah wallahu akbar.
-Jangan lah kita sebagai manusia berat hendak melafas tasbih, tahmid, tahlil dan takbir sebagai tanda kita bersyukur atas nikmat kurnia yang Allah bagi pada kita...

-Rasulullah saw. bersabda, "Lazimkan membaca subha nallah walhamdulillah wala ilaha illallah wallahu akhbar, kerana semua itu dapat menghapuskan dosa sebagaimana gugurnya daun dari pohon".
  (HR Ibnu Majah)
-Di antara zikir yang boleh dirutinkan setiap saat, dibaca agar lisan terus basah dengan zikrullah adalah empat kalimat mulia iaitu  
 
Cerita disebalik zikir ini:

1)Kalimah Subhanallah
Ibnu Abbas RA berkata: “Ketika Allah SWT menjadikan Arasy, lalu menyuruh malaikat memikulnya. Para malaikat merasakan amat berat memikulnya. Kemudian Allah SWT menyuruh malaikat membaca (menyebut); Subhanallah. Sebaik sahaja malaikat membacanya, maka terasa ringan memikul Arasy dan mereka terus menyebut (berzikir) selama-lamanya.”
2) Kalimah Alhamdulillah
 Kata Ibnu Abbas ra lagi: “Apabila Allah SWT menjadikan Adam as. Maka mula-mula yang keluar dari mulut Adam ialah bersin. Lalu Allah ilhamkan kepadanya untuk membaca (menyebut); Alhamdulillah. Sebaik sahaja Adam as menyebutAlhamdulillah, lalu Allah menjawab; Yarhamuka Rabbuka (kerana rahmat itulah Aku menjadikan engkau).
“Kemudian malaikat berkata: Inilah kalimah mulia dan baik dan tidak sepatutnya kami abaikan. Maka para malaikat pun membaca (berzikir) Suhhanallah Walhamdulillah.
 
3) Kalimah Laa illaha illallah
 “Para malaikat membaca (berzikir) demikian sehinggalah Allah SWT mengutuskan Nabi Nuh as. Oleh kerana kaum Nabi Nuh adalah kaum pertama menyembah berhala, maka Allah SWT mewahyukan kepada Nabi Nuh as supaya menyuruh kaumnya membaca; Laa illaha illallah bagi mendapatkan keredhaan Allah.”
“Lalu berkata malaikat: “Inilah kalimah ketiga yang besar dan baik yang tidak boleh kami abaikan. Maka malaikat pun menggabungkan dengan dua kalimah sebelumnya untuk menjadi: Subhanallah Walhamdulillah, Walaa ilaha illallah.
“Para malaikat mengamalkan kalimah tersebut sehingga terutusnya Nabi Ibrahim as.  

4)Kalimah Allahu akbar
Setelah terutusnya Nabi Ibrahim as, Allah SWT telah memerintahkan bagindamenjalankan korban ke atas anaknya, yang mana akhirnya Allah telah menebusanaknya Ismail dengan seekor kibas (kambing).
“Apabila Nabi Ibrahim as melihat anaknya terselamat dari disembelih dan digantikan dengan kibas (kambing), maka Nabi Ibrahim as menyebut: Allahu akbar, kerana merasa terlalu gembira atas nikmat yang dikurniakan Allah kepadanya.
Berkata para malaikat: “Inilah kalimah keempat yang sungguh baik dan besar.Kemudian para malaikat menggabungkan kalimah itu dengan tiga kalimahsebelumnya menjadi: Subhanallah, Walhamdulillah, Walaa ilaha illallah, Wallahu akbar.

5) Kalimah Walaa haula Wala quwwata illa billahil aliyil aziem.
“Ketika malaikat Jibril as menceritakan kisah ini kepada Rasulullah SAW, bagindamerasa kagum dan terus melafazkan: Laa haula Wala quwwata illa billahil aliyilaziem.”
Kemudian Jibril as berkata: Gabungkan kalimah yang empat itu sehingga menjadiSubhanallah, Walhamdulillah, Walaa ilaha illallah, Wallahu akbar, Walaa haula Wala quwwata illa billahil aliyil aziem.
Disertakan juga dengan video dari sumber firestartingautomobil Youtube 
Mudah-mudahan Allah memberkati sepanjang kehidupan kita di dunia & akhirat. 
-------Wallahu a'lam.------

Thursday, March 28, 2013

Buat Duit dengan Bisnes Kosmetik


Buat Duit dengan Bisnes Kosmetik

Buat Duit dengan Bisnes Kosmetik

Assalammualaikum,

Hari ni saya nak share pasal cara nak buat duit dengan bisnes kosmetik. Saya dapati potensi Bisnes kosmetik ni sangat hebat. Kalau tidak masakan ada saja produk kosmetik terbaru berada di pasaran. Dato Siti Nurhaliza pun memilih bisnes kosmetik. Produk kosmetik seperti minyak wangi, penjagaan rambut,penjagaan kuku,penjagaan muka dll sangat diperlukan oleh semua orang terutamanya kaum hawa.
bisnes kosmetik

Antara faktor yang menyebabkan bisnes ini berkembang adalah:

1. Sebab orang nak cantik
2. Sebab ramai orang cari produk anti penuaan
3. Sebab pengaruh artis (selebriti)
4. Sebab lelaki moden dah pandai jaga kecantikan
5. Sebab banyak produk mesra alam
6. Akhir sekali adalah pengaruh internet
Tapi kalau nak berniaga tanpa ilmu tak boleh juga. Takut nanti cepat give up dan mengalah pulak. Jadi hari ni saya nak share la panduan yang berguna untuk anda untuk bermula berbisnes kosmetik ni.


Click disini:

Wednesday, January 23, 2013

Cara Paling Senang Buat Duit-Geli Hati


Cara Paling Senang Buat Duit

by MUHAMMAD FAIZ on MAY 11, 2012 · 5 COMMENTS

cara senang buat duitZaman sekarang pelbagai cara kita boleh hasilkan duit kerana setiap yangkita buat atau laburkan mesti ada pulangan cuma cepat atau lambat saja hasil yang kita dapat.
Walaubagaimanapun, ada juga cara yang paling senang untuk buat duit tak perlu susah payah. Baca cerita ini dengan penuh geli hati.
Ni kisah satu org makhluk yg dilantik menggantikan bos asal sebuah kompani besar. Disebabkan masalah pekerja2 yg agak kurang motivasi dan selalu cuai tambah pemalas, bos baru ni decide nak ajar mereka sikit firstday dia kat kompani tu. So, sape2 yg dia nampak paling pemalas, dia akan pecat on the spot. Mmg malang tidak berbau, dia ternampak seorg pekerja yg sedang dok nyandar kat tepi dinding.
“Yg berbaju biru tu” dia menjerit. Jeritan kuat nyebabkan semua perkerja tersentak dan memandang kepada lelaki berkenaan.
“Bape gaji awak?” dia bertanya dgn nada yg agak keras
“Dalam RM800″ pekerja tu menjawap
Bos tu menjawap, “Nah amik ni Rm800,BERAMBUS DARI SINI. KALU NAK MALAS2 PEGI TEMPAT LAIN”
Pekerja tu amik duit tu, lalu terus blah camtu jek. Bos tadi memandang kesemua pekerja2 nye, seperti mahu mereka paham, sape malas, sure kene pecat!Merasakan pekerja2 memahami maksud kejadian tadi, bos itu merasa puas. Sebelum bos itu masuk semula ke dalam opis nye, dia bertanya kepada salah seorg pekerja disitu,”Mamat tadi tu kerjadepartment mana?”
Jawap si pekerja,”Owh, dia tu dtg anto pizza, tak keje sini pun”.

Dari Hutang Kad Kredit Kepada Memiliki 6 Buah Rumah


Dari Hutang Kad Kredit Kepada Memiliki 6 Buah Rumah

by SUZARDI MAULAN
Saya mendapat kisah ini dari website KCLau.com, bertajuk, ‘From Credit Card Debt to Owning 6 Houses‘.
Kisah anak tempatan. Orang Malaysia. Berdasarkan catatan blog tersebut, kisah ini diceritakan pada Nov 2009. Ditulis sendiri oleh individu yang pernah berhutang kad kredit yang banyak, menyelesaikan hutang tersebut dan memiliki 6 buah rumah. (Sudah tentu saya yakin jumlahnya bertambah pada 2012).

Secara ringkasnya tuan Sayeed:

1. Mengakui kesilapan dalam urus wang, banyak berhutang untuk berkahwin dan membuat renovation rumah.
2. Tiada sistem menguruskan pendapatan, perbelanjaan, harta dan hutang.
3. Terlibat dalam bisnes yang tidak sesuai dengan dirinya.

Cara-cara mengatasi

1. Berhenti guna kad kredit, guna tunai sahaja.
2. Pindah rumah yang lebih kecil.
3. Micro budgeting.
4. Fokus kepada kerjaya dan bukan bisnes yang tidak sesuai untuk dirinya (dalam kes beliau MLM)
5. Bisnes part-time seperti penterjemahan dan tuisyen.
6. Duduk rumah dan makan di rumah.
7. Menyimpan walau pun sedikit sehingga mampu mencecah 10% dari pendapatan.
8. Menambah pengetahuan dengan pelbagai bahan bacaan.
9. Fokus, konsisten.
10. Mempunyai sistem pengurusan kewangan yang sistematik.

Hasilnya

Pada 2009…
1. Naik pangkat dalam kerjaya.
2. Memiliki 6 rumah dan salah satunya yang mereka duduk.
3. Simpanan mencecah 6 angka
4. Nilai aset bersih (net worth RM 890,000)
5. Dapat menyimpan 15% dari pendapatan.
Walaupun saya terlambat membaca kisah ini, saya ucapkan tahniah kepada Tuan Sayeed kerana berjaya keluar dari hutang kad kredit dan juga Tuan KCLau kerana berkongi kisah ini. (Ini adalah link ke artikel asal yang ditulis dalam bahasa Inggeris)
Ya, strategi kombo digunakan.
Kurangkan perbelanjaan + tambah pendapatan = Hutang selesai
Adakah kisah ini memberi inspirasi kepada kalian?
Kongsikan kepada rakan-rakan yang lain ya!

$90,717 Hutang Pendidikan Selesai Dalam 7 Bulan


$90,717 Hutang Pendidikan Selesai Dalam 7 Bulan

by SUZARDI MAULAN
Peribahasa Melayu ada menyebut,“Hutang samir belum selesai, hutang kajang tumbuh pula.”
Habis sahaja belajar, majoriti dari anak muda di Malaysia pasti berhutang. Kerja tidak sampai 3 bulan, sudah tambah satu lagi jenis hutang dan selalunya hutang kereta. Apabila ingin berkahwin, maka bertambah lagi hutang pembiayaan / pinjaman peribadi untuk menampung kos mas kahwin, hantaran, kenduri kendara dan seterusnya.
Isu hutang pendidikan, sama ada hutang PTPTNhutang MARA, hutang yayasan negeri adalah isu yang banyak diperkatakan sekarang. Ada gerakan anak muda seperti #occupydataran yang sanggup tidur di Dataran Merdeka malah debat PTPTN antara Khairy Jamaludin dan Rafizi Ramli disiarkan secara langsung di ASTRO Awani.
Itu di Malaysia.
Di Amerika, ada seorang pemegang MBA, Harvard Business School, Joe Mihalic yang berhutang sehingga $101k dan selepas dua tahun dia membayar hutang secara konsisten dia mendapati hutangnya masih berbaki $ 90,717. Ini menyebabkan dia mengambil keputusan untuk menghapuskan hutangnya dalam tempoh 10 bulan.
Ya, dia mengambil tindakan yang drastik, ekstrem dan mengkagumkan untuk menyelesaikan hutang pendidiakn sebanyak $ 90,717 dalam tempoh 7 bulan! Lebih cepat 3 bulan dari sasaran asalnya.
Bagaimana dia melakukannya?

Satu, Cara Kedekut Macam Haji Bakhil

Antaranya:
1. Menggunakan semua simpanan.
2. Tidak keluar dating & tengok wayang.
3. Bawa bekal air keluar dengan kawan-kawan.
4. Tidak balik kampung untuk sambut raya (Krismas daa).
5. Tidak pergi parti bujang dan kenduri kahwin.
6. Meningkatkan kemahiran Do-It-Yourself (DIY) dalam pelbagai kerja rumah.
7. Tidak beli baju baru.
8. Tidak beli gajet baru.
9. Tidak simpan dalam KWSP versi Amerika (skim 401k)
10. Lambat bayar cukai (ya, dia kena penalti)

Dua, Cara Menambah Pendapatan

Antaranya.
1. Menyewa bilik lebih di rumahnya.
2. Pedi-cabbing (lihat gambar).
3. Bisnes lanskap.
4. Jual kereta kedua.
5. Jual motorsikal miliknya.
6. Jual basikal juga miliknya.
7. Garaj sale.
Fuh. Berpeluh juga.
Dia melakukan strategi kombo iaitu:
Kurangkan perbelanjaan + tambah pendapatan = Hutang selesai
Jika dia mampu melakukannya, kenapa kita tidak? Kalau nak kira dalam Ringgit Malaysia, dia menyelesaikan hutang lebih dari RM 270,000 dalam tempoh 7 bulan.
Ya, untuk berjaya mesti memilih jalan ekstrem, dalam hal ini sama ada menjadi sangat kedekut untuk ada duit bayar hutang atau jadi sangat hebat dalam bisnes sampai tak perlu jadi kedekut.
Kecil hutang diansur, habis hutang dibayar. (Terima kasih Kak Kujie kongsi peribahasa yang menarik)
Ya, ia adalah pilihan kita. Jika kita mahu menyelesaikannya secepat mungkin kita pasti berjumpa jalan keluar.
InsyaAllah.

30 cara jimat wang by suhana



POSTED BY SUHANA SAPAR ON OCT - 15 - 2011 - 0 COMMENT
Assalamualaikum w.b.t dan salam hormat 
Mari kita menjaga satu  perkara yang mudah jelas untuk matlamat penjimatan- hanya beberapa cara yang agak mudah untuk menjimatkan wang. Contohnya setiap yang anda lakukan secara bersendiri lebih baik anda lakukan secara gabungan. lebih ramai lagi jimat. Tip-tip dibawah ini anda cuba masukkan ke dalam hidup anda, secara tidak langsung anda mula akan rasa simpanan anda meningkat dan ianya tidak akan mengejutkan saya, jika anda boleh lakukan cara ini, anda bakal berjimat bukan hanya untuk sebulan, setahun, malah sepanjang tahun hidup anda.
Walaupun ianya mengambil sedikit masa dan sedikit gerak kerja di pihak anda tetapi, mereka yang melakukan ini bakal merasai penjimatannya. Mahukah anda mempunyai beribu-ribu RM dalam simpanan anda? Saya yakin jawapan anda adalah YA!! Jadi anda perlu memulakan penjimatan wang ini sekarang.!!! Ini kerana dengan mempunyai simpanan yang banyak membantu kita keluar dari hutang lebih awal, memelihara kita daripada berhutang untuk tempoh yang bertahun-tahun dan diharapkan akan membantu kita membayar balik pinjaman kerata baru, rumah, dan lain-lain lagi, secepat mungkin..
Cara 1 : Sering Masak di rumah – Jika kedua-dua suami dan isteri bekerja, ini mungkin menjadikan perkara ini sangat sukar. Mula dengan tabiat memasak di rumah seminggu sekali dan perlahan-lahan menambah kekerapan sehingga anda dapat mencari keseimbangan antara menyimpan wang dan tertekan.
Cara 2 : Membuat kopi anda sendiri – Ramai orang suka melepak di kedai kopi. Soalan saya.. berapa kali anda minum kopi di kedai kopi atau restoran dan sebagainya dalam sehari? Saya yakin sekurang-kurangnya 3 kali sehari betul? atau lebih? Tanya diri anda. Anda tidak perlu keseluruhannya mengharamkan minum kopi diluar, tetapi skip sedikit untuk anda luangkan masa minum dirumah sahaja.
Cara 3 : Makan tengah hari sekurang-kurangnya beberapa hari seminggu- Makan tengahari peluang besar untuk membina rangkaian dan membuat perbincangan selepas bekerja. Namun bagi saya jika anda tinggal berhampiran dengan tempat kerja anda boleh memilih untuk menghadkan makan tengahari untuk tiga hari setiap minggu. Cari keseimbangan antara menyimpan wang dan membuat perbelanjaan. Jika kediaman anda jauh dari tempat tinggal cuba bawa makanan dari rumah.
Cara 4 : Buat satu senarai sebelum pergi membeli-belah – Mereka memanggilnya gerak hati membeli atas sebab-sebab. Manusia hanya mempunyai masa yang amat sukar menentang godaan untuk membeli tambahan sambil membeli-belah ataupun yang hot sekarang ni “Window Shopping”. Tanpa senarai, anda akan membeli barangan yang anda langsung tidak perlu.Yang lebih dahsyat lagi apabila anda lupa untuk membeli barangan yang sebenar, mengapa anda datang ke kedai itu untuk tujuan utama. Contoh :  Nak beli sabun baju. tapi sebab dah nampak benda lain, tergoda dan anda terus membeli tanpa berfikir. Jika anda merancang untuk memasak di rumah, pra-merancang menu kasar dan membuat satu senarai sebelum anda pergi membeli-belah runcit. Mendapat semua yang anda perlukan dalam satu trip boleh membantu mengelakkan satu lagi tempat yang tidak perlu dan godaan. :)
Cara 5 : Pergi membeli-belah di kedai runcit ketika anda terburu-buru - Mungkin anda perlu keluar dalam beberapa jam. Atau acara kegemaran anda hanya akan berada di kaca TV selepas beberapa jam, anda pun pergi ke kedai 24jam (711) sampai sahaja disana, ada bayak godaan lagi. Apa yang perlu anda buat untuk mengelakkan hal ini sediakan senjata dengan senarai runcit anda, anda hendaklah dalam dan keluar dengan cepat dengan masa yang sedikit untuk berliku-liku dan semakin terdorong untuk membeli barang-barang anda tidak perlu.
Cara 6 : Perhatikan tarikh tamat atas barang-barang yang mudah musnah - Ini nampaknya intuitif apabila anda membacanya, tetapi saya terkejut pada berapa ramai orang yang tidak memberi perhatian kepada tarikh luput.  Contohnya masuk ke pusat membeli belah, ambil troli capai apa yang mereka nampak, tidak perihatin tentang tarikh luput. Pointnya sekarang ini anda seolah-olah mampu menghabiskan kesemua yang anda ambil itu dalam masa yang singkat. Terutamanya mendapat berkotak susu segar (persediaan sarapan pagi). Ia akan menjadi masam dalam beberapa hari. Begitu juga dengan daging, telur, yogurt, barangan beku, roti dan sebagainya. Walaupun ada sesetengah orang berkata anda boleh menggunakan beberapa item diatas beberapa hari selepas tamat tempoh – tetapi saya secara peribadi menghargai kesihatan anda, daripada wang yang anda belanjakan dan lebih suka saya menyarankan anda mengelak daripada membeli apa-apa item dengan tergesa-gesa. Jadi tolong perhatikan tarikh luput sebelum membeli.
Cara 7 : Beli secara pukal bila-bila masa mungkin – Apabila anda mahu membeli barangan yang bukan mudah rosak, membelilah secara pukal terutamanya pada hari potongan (offer time). Sebagai contoh beras, bijirin, barang-barang dalam tin, kacang, pasta, ubat gigi, sabun, syampu, kertas tandas dan sebagainya. Untuk barang-barang tersebut, membeli-belah di Hyper Market, seperti Tesco, Gaint, Carefour dan lain-lain yang boleh menjimatkan sedikit wang anda, dengan syarat anda perlu membeli mengikut senarai yang anda tulis sebelum anda ke tempat tersebut. Jika tida dalam senarai, tolong jangan beli.
Cara 8  : Gunakan beg plastik kedai runcit ke tong sampah - kebiasaannya orang akan membeli plastik sampah yang kecil untuk mereka lapik ke tong sampah rumah, sebelum ke tong sampah utama. Jadi walaupun ianya hanya plastik yang beberapa sen, namun anda boleh mengurangkan kos daripada membeli pastik tong sampah dengan mengunakan pastik dari kedai runcit yang anda dapat sewaktu membeli barang.
Cara 10 : Menyelesaikan membayar hutang secepat mungkin - Jika anda masih berhutang, sila beri tumpuan kepada kepentingan membayar faedah (interest) yang lebih rendah dan membayar secepat mungkin. Wang yang dibayar demi kepentingan wang dibuang (keluarkan)! Mengapa menghabiskan wang tunai hasil titik peluh anda untuk membuat institusi kewangan yang kaya? Maknanya ramai orang mengambil kira bayaran bulanan yang kecil dari pada menyelesaikan jumlah yang besar untuk memendekkan masa berhutang.
Cara 11 : Bayar bil anda tepat pada masanya dan mengelakkan bayaran lewat - Langkah yang harus anda lakukan adalah buat kira-kira bil-bil biasa anda. Jika boleh, mengautomasikan bayaran. Kebanyakan utiliti dan lain-lain bil yang berulang-ulang boleh dicaj kepada kad kredit atau ditolak daripada akaun cek pada hari ini. Juga, banyak bank menawarkan program membayar bil percuma. Jadi tidak benar-benar ada alasan untuk lupa untuk membayar bil pada masanya dan forking yuran-an. Katakanlah (wahai Muhammad), secara kebetulan, anda lupa rang undang-undang, jika anda seorang pesalah kali pertama, sila hubungi syarikat itu dan meminta dengan sopan untuk mengetepikan fi-an, dan lebih berkemungkinan daripada tidak, mereka akan memaksa.
Cara 12 : Berhati-hati kira-kira bank anda dan mengelakkan yuran draf -  Jika anda menggunakan akaun anda memeriksa sering atau mempunyai beberapa bil-bil yang dibayar secara automatik dari akaun anda daripada mendaftar, berhati-hati kira-kira dan mengelakkan yuran overdraf.
Cara 13 : Elakkan bayaran ATM - Berhati-hati yuran pengeluaran ATM yang dikenakan oleh bank anda. Walaupun beberapa bank mengecualikan yuran untuk semua ATM transaksi di mana-mana mesin ATM, paling tidak. Jadi pastikan untuk menggunakan hanya orang-orang mesin ATM di mana bank anda tidak akan mengenakan yuran, atau menarik balik secara langsung di bank anda.
Cara 14 : Elakkan kad kredit dengan yuran tahunan - kad kredit dengan bonus tunai mereka dan mata ganjaran cara yang baik untuk menjimatkan wang. Pastikan bahawa kad tidak mengenakan anda sebarang bayaran tahunan! Tidak ada kekurangan kad yang menawarkan pelan ganjaran yang bebas fi, jadi ada benar-benar tidak ada sebab untuk membayar yuran tahunan.
Cara 15 : Putuskan sambungan talian tanah jika boleh - Kecuali anda mempunyai anak-anak kecil di dalam rumah atau orang yang lebih tua untuk menjaga, ia adalah lebih daripada berkemungkinan bahawa anda akan mampu bertahan hanya dengan telefon bimbit dan dapat menghilangkan garis tanah.Kami telah selamat tanpa sebarang masalah selama lebih 4 tahun kini dengan keluar garis tanah. Internet kami mula melalui kabel.
Cara 16 : Daripada membeli buku-buku, meminjam buku dari perpustakaan - Jika boleh, meminjam buku anda dan bukannya membeli mereka. Kad perpustakaan awam anda adalah percuma dan perpustakaan umumnya dipenuhi. Di bandar saya, rangkaian perpustakaan awam yang berkaitan dan buku-buku yang ada boleh disemak secara online. Jika terdapat beberapa buku yang saya tidak boleh anda dapati di cawangan tempatan saya, saya boleh membuat permintaan dalam talian untuk ia dibawa masuk daripada salah satu daripada cawangan-cawangan lain saya yang sangat mudah.
Cara 17 : Jika anda telah membeli buku-buku, semak jika anda boleh membeli ia digunakan - buku bekas tidak cukup memberi perasaan yang sama seperti leafing melalui laman-laman yang tajam buku jenama baru. Tetapi mengingati bahawa anda boleh mendapatkan buku-buku yang telah digunakan untuk hampir sebanyak setengah harga buku baru, ia adalah harga yang kecil untuk membayar. Tempat kegemaran saya untuk membeli buku-buku yang digunakan adalah satu rangkaian tempatan yang dipanggil “Separuh Harga Kedai Buku”. Semak jika anda mempunyai sesuatu yang serupa di bandar anda. Bagi buku-buku teks, kelihatan dalam talian di papan buletin, senarai mel dan lain-lain, dan bandingkan harga di laman web seperti addall.com.
Cara 18 : Membuat semakan harga sebelum membeli apa-apa jua yang mahal - Bagi barang-barang lain yang mahal, melakukan pemeriksaan harga sebelum membeli barangan tersebut. Jika anda boleh menunggu sementara anda boleh menjejaki harga dan merebut banyak apabila ia datang. Lazim kupon dalam talian yang tersedia menjadikannya lebih mudah untuk menjimatkan wang. Hal ini terutama berlaku pada masa yang sama membeli mana-mana elektronik.
Cara 19 : Elakkan membeli impuls - Jadikan ia satu tabiat untuk mengelakkan pembelian berasaskan gerak hati. Banyak perkara yang anda mahu membeli seolah-olah tidak semua yang perlu, jika anda hanya anda menunggu selama satu atau dua hari.Selain itu, menunggu bermakna anda akan dapat untuk menyemak harga dan membuat keputusan untuk membelinya pada harga yang terbaik mungkin.
Cara 20 : Botol air anda sendiri - Air minuman yang baik untuk kesihatan anda. Saya selalu menjadikan tabiat menyimpan di meja saya pada setiap masa. Air botol yang paling sesuai kerana ia boleh memberikan perlindungan terhadap tumpahan sengaja. Yang berkata, membeli air botol hanya sekali-sekala, dan kemudian menggunakan semula botol itu untuk mengisi air anda sendiri.Jika anda tidak berpuas hati dengan air paip, melabur dalam Penapis Brita – dalam jangka masa panjang, ia boleh menyimpan wang yang banyak.
Cara 21 : Elakkan mesin layan diri - Hampir semua yang diketepikan melalui mesin layan diri mempunyai markup besar (dan sihat jarang). Walau bagaimanapun, jika anda mengalami serangan snek di tempat kerja, menimbang untuk mewujudkan menyembunyikan rahsia makanan ringan. Jika anda suka minum soda dan mempunyai peti sejuk di tempat kerja, kecuali satu pek peti sejuk di dalam peti sejuk dengan pos dengan nama anda di atasnya. Jika anda mempunyai berulang-alik yang panjang, pertimbangkan satu tempat tersembunyi untuk kereta dan mengelakkan lawatan Pandu-Lalu yang cepat.
Cara 22 : Pastikan kereta anda seberapa lama yang boleh - Jika boleh, cuba untuk menjaga kereta anda seberapa lama yang boleh.Cari keseimbangan antara wang yang dibelanjakan untuk pembaikan berbanding ansuran bulanan pada kenderaan lain dan memilih untuk menjalankan kereta lama anda selagi kos pembaikan adalah rendah.
Cara 23 : Adakah penyelenggaraan biasa yang dijadualkan pada kenderaan anda -  Jangan sedikit sekali atau lupa untuk melakukan perubahan minyak tetap. Jangan lupa untuk memeriksa udara di dalam tayar anda sering. Dan menggunakan gred bahan api yang manual pemilik mengesyorkan. Perbuatan yang kecil dengan ketara boleh memanjangkan hayat kereta anda, memberikan anda tahun penggunaan.
Cara 24 : Elakkan membeli sebuah kereta baru - Apabila anda akhirnya membeli sebuah kereta, melihat jika anda boleh membuat kaitan dengan kenderaan milik pra-. Kereta baru menurunkan nilai dengan ketara sebaik sahaja anda memandu pengedar. Apakah kereta baru kecil benar-benar bernilai beribu-ribu ringgit? Kereta pra-milik yang hanya beberapa tahun lama dengan batuan rendah adalah tawar-menawar yang terbaik. Tidak kira pembelian, belajar untuk berunding dengan peniaga kereta.
Cara 25 : Menunggang basikal atau carpool anda bila-bila masa mungkin - Dalam banyak bandar-bandar di Amerika Syarikat, ia adalah sukar untuk mendapatkan oleh tanpa kereta. Yang berkata, hanya kerana anda mempunyai sebuah kereta tidak bermakna anda perlu menggunakannya setiap hari. Jika boleh, menunggang basikal anda atau berkongsi perjalanan dengan rakan sekerja atau pasangan dan menyelamatkan kedua-dua pada gas dan mengurangkan jejak alam sekitar.
Cara 26 : Jika anda menonton banyak DVD, dapatkan keahlian kedai DVD talian - Keahlian ke kedai-kedai filem talian seperti Netflix atau Blockbuster Online dapat menjimatkan wang yang banyak berbanding dengan membeli DVD atau menyewa dari kedai tempatan. Anda perlu menunggu selepas anda memerintahkan filem, tetapi jika anda menonton banyak filem di rumah, maka anda boleh dengan mudah masuk ke dalam tabiat pesanan akan datang masa supaya anda sentiasa mempunyai sesuatu di rumah. Jika kamu bersabar dan perpustakaan anda mempunyai sumber-sumber, memeriksa untuk melihat jika mereka mempunyai bahagian filem. Anda tidak akan mendapatkan apa-apa jua yang sangat baru, tetapi mereka bebas.
Cara 27 : Jika anda suka menonton filem di teater, pergi sebelum 6:00 petang - Ini adalah salah satu tempat kami yang lembut apabila ia datang untuk perbelanjaan. Kami benar-benar suka menonton filem dalam teater dengan skrin besar dan kesan bunyi yang hebat. Tetapi bukan membayar ~ $ 10 pop tiket, kita biasanya sebelum 6:00 petang apabila tiket sedikit lebih murah. Juga, untuk filem bahawa kita tidak benar-benar ingin menonton segera, kita hanya tunggu sehingga skrin pada teater diskaun di mana tiket $ 2 pop. Kita mengelak godaan untuk membeli makanan ringan, dengan biasanya akan teater beberapa kali sejurus selepas makan tengah hari atau kadang-kadang penghasut yang timbul tenggelam dalam makanan ringan kita sendiri dalam dompet.
Cara 28 : Mengawal penggunaan elektrik anda - Apabila tidak digunakan, cabut peralatan elektrik. Rupa-rupanya, unplugging TV bukan hanya menukar ia kira boleh menjimatkan elektrik! Apabila tidak di dalam bilik, matikan lampu dan kipas. Gunakan termostat atur cara untuk mengawal C A / dan pemanas penggunaan. Jika terlalu banyak, sekurang-kurangnya tahu apa yang masing-masing menggunakan perkakas dan cabut beberapa daripada mereka.
Cara 29 : Rancangan percutian mendahului masa - Vacations adalah sebahagian yang perlu menyelamatkan kewarasan kita dalam kehidupan sibuk yang kita memimpin. Tetapi percutian juga parit besar ke atas kewangan keluarga. Anda boleh mengurangkan kos bercuti ketara dengan perancangan dan tempahan terlebih dahulu. Bookmark laman web perjalanan untuk mencari tambang kapal terbang murah, hotel dan lain-lain, dan buku sekurang-kurangnya dua minggu terlebih dahulu.
Cara 30 : Akhir sekali, menjauhkan diri daripada mewah, rakan-rakan tinggi roller -  Jika anda mempunyai kawan-kawan mewah yang membeli kereta baru setiap tahun lain (atau lebih teruk lagi, pajakan), mempunyai TV skrin besar dan tiap-tiap alat elektronik yang dapat difikirkan lain, makan di restoran mewah tiap-tiap malam yang lain dan hanya cara hidup di luar kemampuan mereka, menjauhkan diri. Mereka mungkin menjadi orang yang baik dan bermakna anda tidak membahayakan, tetapi melepak dengan orang seperti ini biasanya boleh membawa kepada banyak keinginan yang tidak perlu dan rasa tidak puas hati. Apa yang lebih penting – kawan-kawan anda atau keamanan fikiran anda?

Cara efektif untuk menyimpan wang


 Sumber: Maaf sumber tak ingat ambil dari mana. blogger yang rasa ini adalah article anda, sila pm untuk saya nak letak nama dan laman web anda disini.


Cara efektif untuk menyimpan wang

Baiklah tip termudah untuk menyimpan secara konsisten ialah dengan meniru cara anda menabung di tabung KWSP. Bagaimana anda menabung dengan KWSP? Duit anda dimasukkan sebelum gaji anda diterima. Maka itulah cara yang terbaik.


Antara langkah yang perlu anda lakukan :


1. Tetapkan peratus simpanan yang perlu dilakukan setiap bulan

Mulakan dengan peratus kecil dahulu dan tambahkan dari masa ke semasa. Contohnya mulakan dengan 10% daripada gaji anda.


2. Buka akaun yang TIDAK mempunyai kad ATM

Anda juga boleh menggunakan akaun bank-bank lain dan jangan meminta kemudahan kad ATM.


3. Guna kemudahan online banking

Gunakan kemudahan online banking untuk memudahkan urusan memindahkan wang dengan cepat dan serta merta. Walaupun anda dikenakan RM2 setiap transaksi. Anda akan mendapati ia berbaloi bila melihat hasil simpanan anda kelak.


Cuba langkah menyimpan ini dahulu dan lihat hasilnya dalam beberapa bulan.

Jika gaji anda RM800, anda boleh menyimpan RM80 sebulan. Dalam masa setahun, simpanan anda boleh menjangkau sehingga RM960.

Ia boleh digunakan di masa anda betul-betul perlukan wang seperti membaiki kereta rosak di tengah jalan, membayar kos persekolahan anak anda, melangsaikan hutang lapuk, bayaran perbelanjaan hospital dan sebagainya. Disiplinkan diri anda untuk tidak mengeluarkan wang simpanan anda. Cuba cari pilihan lain dahulu dan simpanan anda adalah pilihan yang terakhir.

TIPS MENABUNG


TIPS MENABUNG
Sumber:  Maaf sumber tak ingat ambil dari mana. blogger yang rasa ini adalah article anda, sila pm untuk saya nak letak nama dan laman web anda disini.
  • Sisihkan wang untuk simpanan di awal bulan sebelum berbelanja, cara ini anda dapat menyimpan lebih banyak wang.
  • Tentukan tarikh untuk anda menabung setiap bulan dan patuhi tarikh itu agar anda tidak tersasar.
  • Gunakan kaedah potongan berjadual agar anda lebih berdisiplin.
  • Catat trend perbelanjaan anda setiap bulan. Sediakan dua bekas khas untuk mengisi semua resit belian anda untuk mudahkan pengiraan. Satu bekas adalah untuk resit barangan keperluan. Satu bekas lagi untuk resit barangan kehendak.
  • Menetapkan matlamat tabungan yang jelas dan berpatutan.
  • Menyediakan belanjawan bulanan keluarga.
  • Bahagikan tabungan anda kepada pecahan tertentu seperti wang tabungan yang boleh disentuh dan wang tabungan beku iaitu wang tidak boleh disentuh. Jika wang tabungan tidak dibuat pecahan sedemikian, tidak mustahil ia akan habis begitu saja. Maka sia-sialah usaha anda selama ini untuk menabung.
  • Menyimpan dalam bank/institusi yang tidak mempunyai kad ATM.
  • Jika anda mendapat bonus, simpanlah sekurang-kurangnya 50% dari wang bonus yang diperoleh. Jika anda menyimpan lebih banyak ia lebih baik.
  • Seeloknya buka akaun bank lain bagi mengumpulkan wang simpanan anda setiap bulan. Jangan campurkan wang simpanan anda dengan bank gaji anda kerana ia tidak menampakkan wang yang anda simpan. Selain itu, ia mudah untuk anda memeriksa sejumlah wang yang telah anda simpan.
  • Membuat pinjaman berhemah untuk tujuan pembelian aset.
  • Membuat simpanan tetap.
  • Beli barang yang perlu, bukan mengikut nafsu.
  • Membeli insurans yang berbentuk pelaburan.
  • Buat pinjaman untuk tujuan pelaburan jika perlu.
  • Mengelakkan penggunaan kad kredit.
  • Elakkan diri daripada sering mengunjungi pusat beli-belah. Walaupun asalnya anda hanya ingin window shopping, tetapi anda mungkin boleh terjebak membeli barang yang tidak sepatutnya apatah lagi jika anda pergi bersama isteri dan anak.
Ini contoh jenis-jenis simpanan/pelaburan yang popular di negara kita:
  • Akaun simpanan
  • Akaun tetap
  • Amanah saham (ASN, ASB, ASW)
  • Tabung haji
  • KWSP/Perkeso
  • Insurans & Skim takaful
  • Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN)
  • Exchange Traded Fund
  • Emas
  • Pelaburan Saham
  • Unit Amanah (Unit Trust)
  • Forex
  • Bon
  • Pelaburan Hartanah
  • Real Estate Investment Trust (REIT)
  • Ekuiti
10 Cara Mudah Menambah Simpanan
1. Berhenti merokok
2. Bawa bekal ke tempat kerja
3. Pilih tempat makan yang sepadan dengan pendapatan
4. Cuci kereta sendiri & kongsi kereta dengan kawan sekerja
5. Bayar bil secara online
6. Jimat air, elektrik & telefon
7. Beriadah di kawasan rekreasi dekat dengan rumah
8. Bayar kad kredit tepat pada masanya
9. Ajar anak sendiri (alternatif untuk tuisyen)
10. Rancang perbelanjaan dapur
11. Rujuk sini

6 Tips Berguna Untuk Urus dan Simpan Wang Anda


6 Tips Berguna Untuk Urus dan Simpan Wang Anda

JUNE 9, 2011 BY  2 COMMENTS
Jika anda berhasrat untuk merancang masa depan kewangan anda, anda sebaik-baiknya belajar bagaimana untuk menjimatkan wang kerana menyimpan wang dianggap sebagai cara terpantas untuk meningkatkan kewangan anda. Namun, kebanyakan daripada kita mendapati bahawa menyimpan wang bukanlah kerja yang mudah kerana kita seringkali gagal mencari cara untuk mengurangkan perbelanjaan harian kita. Melalui artikel ini saya ingin memberikan anda beberapa tips tentang cara untuk menyimpan wang dan saya berharap tips ini dapat membantu anda.
Pertama, tetapkan tujuan anda menyimpan wang.
Letakkan matlamat anda menyimpan wang untuk jangka pendek dan jangka masa panjang. Untuk mencapai matlamat jangka pendek, ia tidaklah sukar kerana wang yang diperlukan tidak banyak. Namun, untuk tujuan jangka panjang, ia akan menjadi sedikit sukar. Anda perlu melakukan banyak perancangan dan pelaburan sebelum anda boleh mencapai matlamat jangka panjang. Selain itu, sentiasalah menulis tujuan anda setiap hari supaya anda tidak akan kehilangan fokus pada tujuan anda.
Kedua, membuat senarai semua perbelanjaan anda.
Membuat senarai perbelanjaan bulanan atau mingguan dapat membantu anda untuk lebih tahu tentang aliran wang anda. Dengan meneliti rekod perbelanjaan anda, anda akan berasa terkejut kerana anda telah membeli banyak barang yang tidak diperlukan. Buat satu senarai khusus untuk barangan yang tidak perlu dan beringatlah agar tidak membelinya lagi.
Ketiga, buang tabiat buruk anda yang melibatkan wang.
Ada beberapa kebiasaan buruk yang membahayakan kesihatan dan wang anda, seperti merokok atau shopping berlebihan. Menyingkirkan kebiasaan buruk ini tidak hanya membuatkan anda lebih sihat tetapi ia juga akan membantu anda menjimatkan lebih banyak wang.
Keempat, berusaha untuk berhenti menggunakan kad kredit.
Anda akan sangat mudah untuk terlebih berbelanja apabila anda menggunakan kad kredit. Jika anda ingin menjimatkan wang, anda perlu berhenti berbelanja lebih dan cuba untuk membayar sesuatu barang dengan wang tunai. Dengan cara ini anda akan dapat mengetahui dengan jelas berapa banyak wang yang masih ada.
Kelima, bergaul dengan orang yang bijak mengurus wang.
Berkomunikasi dan berhubung dengan orang yang bijak mengurus wang dapat membantu anda untuk mengetahui dengan lebih baik tentang bagaimana cara menyimpan dan mengurus wang. Mereka selalunya mempunyai beberapa idea yang bagus tentang bagaimana mengurangkan kos dan inilah masa untuk anda belajar daripada mereka.
Keenam, cari beberapa video/buku/ebook (contohnya yang ini) atau sertai seminar yang mengajar bagaimana untuk mengurus dan menyimpan wang. Video atau buku ini mempunyai pengetahuan yang amat berharga dimana ia akan dapat membantu memberi inspirasi kepada anda.
Related Posts with Thumbnails