Puteri Gunung Ledang merupakan sebuah filem yang dilakon oleh M. Nasir dan Tiara Jacquelina pada tahun 2004. Ekoran daripada kejayaan filem ini, penerbit filem ini kemudiannya menerbitkan teater muzikal yang sama jalan ceritanya. Filem tersebut merupakan filem yang menelan belanja tertinggi dalam sejarah pengeluaran filem di Malaysia. Ini juga buat kali pertama Tiara Jacquelina menjadi pelakon dan penyanyi iaitu lagu tema filem ini,“Asmaradana”. Filem itu diarah oleh Teong Hin Saw dan dikeluarkan oleh Shazalli Ramly. “Puteri Gunung Ledang” telah mencapai kedudukan ke-49 dalam senarai tapisan Kategori Filem Asing Terbaik di Anugerah Akademi Oscar (“Academy Awards”) Tahun 2004.
Sinopsis Filem
Empayar Majapahit dilanda gawat setelah diserang oleh Putera Demak dari Jawa. Untuk mengelak dari kejadian menjadi bertambah buruk, raja Majapahit, Gusti Adipati Handaya Ningrat menawarkan Putera Demak berkahwin dengan adiknya, Gusti Putri Retno Adjeng Dumilah. Tanpa pengetahuannya, Gusti Putri telah melarikan diri dengan berlayar ke Gunung Ledang untuk bersama cinta hatinya Hang Tuah.
Dalam versi filem ini ia memaparkan yang Puteri Gunung Ledangsebenarnya puteri Gusti Putri Raden Adjeng Retno Dumillah dari Majapahit di Pulau Jawa yang merajuk dan membawa diri ke Gunung Ledang. Beliau sebenarnya menunggu masa untuk bertemu dengan Hang Tuah yang pernah ke Majapahit.
Walau bagaimanapun, halangan berlaku di antara Puteri Gunung Ledang dan Hang Tuah apabila abang Gusti Putri, Gusti Adipati terpaksa mengahwinkan Gusti Putri dengan Sultan Melaka, Sultan Mahmud pula. Utusan peminangan diutus dan diketuai oleh Hang Tuah sendiri. Akhirnya, setelah pelbagai cabaran, Gusti Putri terpaksa menurut permintaan Hang Tuah yang taat pada Sultan, tetapi dengan 7 syarat. Perutusan pulang ke istana Melaka tanpa Hang Tuah yang kecewa atas kegagalannya. Sultan Mahmud murka dengan kedegilan Gusti Putri dan sanggup menerima cabaran ketujuh-tujuh syarat walaupun bakal meragut nyawa anaknya sendiri.
Tersebut adalah petikan dari filem menyebut akan tujuh syarat peminangan Gusti Putri terhadap Sultan Mahmud yang diterjemahkan darisanskrit Jawa:
- “Pertama, air mata dara yang tidak berdarah, tujuh tempayan banyaknya…” 7 tempayan air mata anak dara.
- “Kedua, pinang, bukannya kahwin kerana tidak tua, merah darahnya, tujuh tempayan banyaknya…” 7 tempayan air pinang muda.
- “Ketiga, merangkak bebas di daratan, darah juga kehendaknya, sifatnya, tujuh dulang banyaknya…” 7 dulang hati kuman.
- “Keempat, terbang bebas di udara, darah juga kehendaknya, sifatnya, tujuh dulang banyaknya…” 7 dulang hati nyamuk.
- “Kelima, darah putih rakyat untuk menambat darah kuning raja dari tapak ke takhta…” 1 jambatan perak dari Melaka ke Gunung Ledang.
- “Keenam, darah merah rakyat untuk menambat darah kuning raja dari tapak ke takhta…” 1 jambatan emas dari Melaka ke Gunung Ledang
- “Ketujuh, darah Siguntang tetap mengalir, badan bersilih menanti, sebatil…” 1 mangkuk darah Sultan Ahmad, iaitu anak Sultan Mahmud Shah, dan yang masih kanak-kanak.
Mesej Masonic Diterjemahkan Secara Halus Dalam Lagu “Asmaradana”
Melalui petikan tersebut, didapati permintaannya berunsurkan ‘darah’ yang menguatkan dan menegaskan lagi bahawa jawapan bagi peminangan itu adalah satu penolakan. Begitulah ceritanya tentang filem ini. Tetapi itu dari kacamata perfileman sahaja. Dari sudut pandangan mesej yang hendak diutarakan ia jelas MERBAHAYA dan MENGELIRUKAN kita. Apa tidaknya, dalam klip video Lagu “ASMARADANA” nyayian Tiara, terdapat banyak unsur-unsur ILLUMINATI dan FREEMASONS yang diselitkan sebagai halwa mata dan dendangan di telinga kita.
Cuba hayati klip video ini di mana unsur-unsur berikut jelas dijadikan FOKUSsecara JELAS dan SISTEMATIK. Mari kita senaraikan satu persatu unsur tersebut :
- The Eye of Horus @ Ra - Merekacipta dan merubah simbol purba Mesir kepada ICON FILEM – Puteri Gunung Ledang di mana simbol ini adalah merujuk kepada Dewa Matahari (Ra) perlindungan, diraja kuasa dan kesihatan yang baik yang dianuti oleh juak Freemasons dan Illuminati, http://www.squidoo.com/the-eye-of-ra-tattoo
- Triangle Stage – Pembinaan pentas tarian berbentuk geometri segitiga yang tidak lengkap dan diterangi oleh lampu di sudut paling atas segitiga tersebut. Bentuk segitiga ini adalah merujuk kepada ” The all-seeing eye of God” yang menjadi Simbol Ketuanan Dajjal,
- The Illuminati Maze – Apakah kaitannya maze ini dalam menceritakan filem ini. Tiada kaitan, hanya untuk menguatkan lagi kewujudan unsur Illuminati dalam klip video ini. Ini kerana kegunaan maze ini adalah sebagai hiasan simbolik penganut Illuminati,
- The Devil 6-6-6 – Mengapa digunakan simbol 6-6-6 untuk jumlah penari pengiring? Sedangkan kawasan pentas dan sekitarnya masih luas ini. Angka 6-6-6 ini merujuk kepada Dajjal atau Lucifer,
- The Incomplete Triangle – Segitiga ini dapat dilihat semasa penari pengiring mengayakan simbol 6-6-6 bersama Tiara. Ini adalah BUKTIkukuh yang menjelaskan TUJUAN utama klip video ini dihasilkan, ia tidak lain adalah untuk memBUKTIKAN kepada MasyarakatHOLLYWOOD bahawa ini bukan FILEM WAJAH KITA tetapi FILEM WAJAH MEREKA,
- Idol Worshiping – Langkah tari dan lenggok badan adalah menyerupaiUPACARA PENYEMBAHAN yang dijalankan dalam MASONARY SPIRITUAL CEREMONY,
- The Sign of Devil – Cuba perhatikan cara gerak tari Tiara semasa mengangkat tangan dan menutup sebelah MATA secara berulang kali. Tindakan ini menyerupai SIMBOL KOD RAHSIA juak-juakMASONIC.
Marilah kita berlapang DADA, membuka MINDA dan mencari IDEA untuk menyelamatkan negara kita dari dibelenggu oleh proksi atau anasir luar yang bertopengkan nilai KESENIAAN, KEBUDAYAAN dan KREATIVITI BERTERASKAN MASONIC…..
Masonic Message in Malaysia – Asmaradana, Puteri Gunung Ledang, posted with vodpod
0 comments:
Post a Comment