Wednesday, January 23, 2013

$90,717 Hutang Pendidikan Selesai Dalam 7 Bulan


$90,717 Hutang Pendidikan Selesai Dalam 7 Bulan

by SUZARDI MAULAN
Peribahasa Melayu ada menyebut,“Hutang samir belum selesai, hutang kajang tumbuh pula.”
Habis sahaja belajar, majoriti dari anak muda di Malaysia pasti berhutang. Kerja tidak sampai 3 bulan, sudah tambah satu lagi jenis hutang dan selalunya hutang kereta. Apabila ingin berkahwin, maka bertambah lagi hutang pembiayaan / pinjaman peribadi untuk menampung kos mas kahwin, hantaran, kenduri kendara dan seterusnya.
Isu hutang pendidikan, sama ada hutang PTPTNhutang MARA, hutang yayasan negeri adalah isu yang banyak diperkatakan sekarang. Ada gerakan anak muda seperti #occupydataran yang sanggup tidur di Dataran Merdeka malah debat PTPTN antara Khairy Jamaludin dan Rafizi Ramli disiarkan secara langsung di ASTRO Awani.
Itu di Malaysia.
Di Amerika, ada seorang pemegang MBA, Harvard Business School, Joe Mihalic yang berhutang sehingga $101k dan selepas dua tahun dia membayar hutang secara konsisten dia mendapati hutangnya masih berbaki $ 90,717. Ini menyebabkan dia mengambil keputusan untuk menghapuskan hutangnya dalam tempoh 10 bulan.
Ya, dia mengambil tindakan yang drastik, ekstrem dan mengkagumkan untuk menyelesaikan hutang pendidiakn sebanyak $ 90,717 dalam tempoh 7 bulan! Lebih cepat 3 bulan dari sasaran asalnya.
Bagaimana dia melakukannya?

Satu, Cara Kedekut Macam Haji Bakhil

Antaranya:
1. Menggunakan semua simpanan.
2. Tidak keluar dating & tengok wayang.
3. Bawa bekal air keluar dengan kawan-kawan.
4. Tidak balik kampung untuk sambut raya (Krismas daa).
5. Tidak pergi parti bujang dan kenduri kahwin.
6. Meningkatkan kemahiran Do-It-Yourself (DIY) dalam pelbagai kerja rumah.
7. Tidak beli baju baru.
8. Tidak beli gajet baru.
9. Tidak simpan dalam KWSP versi Amerika (skim 401k)
10. Lambat bayar cukai (ya, dia kena penalti)

Dua, Cara Menambah Pendapatan

Antaranya.
1. Menyewa bilik lebih di rumahnya.
2. Pedi-cabbing (lihat gambar).
3. Bisnes lanskap.
4. Jual kereta kedua.
5. Jual motorsikal miliknya.
6. Jual basikal juga miliknya.
7. Garaj sale.
Fuh. Berpeluh juga.
Dia melakukan strategi kombo iaitu:
Kurangkan perbelanjaan + tambah pendapatan = Hutang selesai
Jika dia mampu melakukannya, kenapa kita tidak? Kalau nak kira dalam Ringgit Malaysia, dia menyelesaikan hutang lebih dari RM 270,000 dalam tempoh 7 bulan.
Ya, untuk berjaya mesti memilih jalan ekstrem, dalam hal ini sama ada menjadi sangat kedekut untuk ada duit bayar hutang atau jadi sangat hebat dalam bisnes sampai tak perlu jadi kedekut.
Kecil hutang diansur, habis hutang dibayar. (Terima kasih Kak Kujie kongsi peribahasa yang menarik)
Ya, ia adalah pilihan kita. Jika kita mahu menyelesaikannya secepat mungkin kita pasti berjumpa jalan keluar.
InsyaAllah.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails