Wednesday, January 23, 2013

3 rahsia untuk mengecapi kehidupan Financial Freedom.


3 rahsia untuk mengecapi kehidupan Financial Freedom.

by: Mursyidi http://mursyidi.com/blog/3-rahsia-untuk-mengecapi-kehidupan-financial-freedom/


Financial Freedom adalah kehidupan yang sangat di impikan oleh semua orang dalam kehidupan zaman moden yang penuh dengan hutang. Kehidupan yang bebas dari hutang dan perasaan tanpa risau untuk berbelanja adalah nikmat yang sangat indah untuk di kecapi. Di sebalik impian mereka untuk hidup dalam keadaan financial freedom, kebanyakan dari mereka ini sudah berputus asa kerana tiada arah atau tiada panduan untuk mereka hidup dalam keadaan tersebut.
Di dalam artikel ini, anda akan di bimbing melalui tiga cara untuk memastikan kehidupan anda adalah bebas dari hutang. Ketiga – tiga teknik ini tidak terhad pada orang yang kaya sahaja, semua orang boleh melakukannya walaupun anda seorang pekerja biasa.
Tiga cara untuk hidup bebas hutang.

Cara pertama : Hidup di bawah pendapatan anda.
Jika gaji anda RM 2000 sebulan, anda hidup seperti anda gaji RM 500 sebulan. Hidup di bawah paras sebenar pendapatan akan menjimatkan wang secara tidak langsung akan mendidik perasaan bersyukur dalam jiwa anda. Sekarang, kebanyakan orang terlalu mengikut nafsu dan berhutang untuk mendapatkan sesuatu dengan cepat. Contohnya kereta, bayangkan tahun pertama bekerja sudah perlu bahagikan wang sebanyak RM500 hingga RM700 hanya untuk membayar ansuran bulanan. Ia adalah beban yang tidak perlu.
Hidup di bawah paras sebenar membolehkan anda untuk menyimpan wang yang banyak. Apabila cukup wang, barulah anda membeli kereta dengan bayaran penuh. Hidup dalam keperitan pada awalnya adalah lumrah untuk anda hidup senang di kemudian hari.
Cara kedua : Belajar untuk simpan wang lebih dari nilai belanja anda.
Jika anda ada RM 100, simpan RM 70 dan belanja hanya RM 30. Anda bukan kedekut tetapi bersusah – susah dahulu. Bayangkan apabila wang simpanan anda banyak dan hidup pula tanpa hutang. Anda boleh gunakan wang tersebut untuk berniaga atau apa sahaja yang anda mahukan. Ada orang suka berbelanja dan akhirnya mereka tiada apa – apa.
Cara ketiga : Laburkan wang yang di simpan.
Wang yang di simpan janganlah hanya di biarkan diam sahaja di bank. Keluarkan sebahagian untuk melabur. Namun, pastikan anda faham benar – benar akan pelaburan yang anda lakukan kerana pelaburan sentiasa ada risiko. Anda boleh labur di dalam hartanah, saham/unit amanah, komoditi, perniagaan dan sebagainya. Teknik melabur yang paling asas ialah beli ketika atau dengan harga murah dan jual dengan harga yang tinggi
Ketiga – tiga cara di atas boleh memastikan wang yang anda miliki sentiasa bertambah. Jangan takut untuk hendak bermula sekarang dan keluarkan diri anda dari hidup berhutang.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails