Wednesday, January 23, 2013

4 Cara untuk Tingkatkan Pendapatan


4 Cara untuk Tingkatkan Pendapatan

by: Mursyidi http://mursyidi.com/blog/4-cara-untuk-tingkatkan-pendapatan/
Selain berjimat untuk menambah pemilikan wang, anda juga boleh cuba kaedah yang berlawanan iaitu menambah pendapatan. Menambah pendapatan dan dalam masa yang sama berjimat boleh menambah pemilikan wang yang banyak.
Berikut adalah antara empat cara untuk tingkatkan pendapatan anda.
Cara pertama : Kerja part time.
Kalau nak duit lebih, kenalah kerja lebih. Anda boleh kerja part time pada hujung minggu. Anda juga boleh belajar home based business atau lebih di kenali sebagai kerja di rumah. Perniagaan secara part time di internet juga boleh memberi pendapatan tambahan yang lumayan kepada anda. Cari satu kerja part time yang senang untuk anda lakukan dan dalam masa yang sama memberi pendapatan tambahan yang setimpal dengan usaha anda.
Jangan overwork atau terlebih kerja sehingga anda lupa hendak menikmati nikmat hidup. Kerja sekadar termampu kerana hidup perlu di nikmati !
Cara kedua : Kerja lebih masa.
Jika kerja anda ada pilihan untuk overtime, anda pilih sahaja option tersebut untuk menambah pendapatan. Pastikan anda mengikut semua peraturan yang  telah di tetapkan oleh majikan anda untuk bekerja lebih masa supaya tidak ada masalah nanti. Ini kerana di sebabkan ekonomi yang meruncing ini, ramai orang ingin kerja overtime dan syarikat biasanya menetapkan had bagi setiap pekerjanya untuk kerja lebih masa.
Cara ketiga : Minta kerja lebih dari bos.
Tanya bos anda jika dia ada kerja lebih untuk anda lakukan dan dalam masa yang sama membolehkan anda menambah pendapatan. Ia kedengaran seperti idea yang bodoh, tetapi manalah tahu anda akan dapat hasil jika anda bertanya.
Cara keempat : Jual barang yang anda tidak perlukan.
Jika ada barang yang anda tidak gunakan, jual sahaja. Barang seperti surat khabar lama, majalah lama, alat elektrik yang rosak dan sebagainya, elok sahaja di jual dari di buang begitu sahaja. Walaupun sedikit, ia tetap memberi anda pendapatan tambahan. Sebulan atau setahun sekali, anda kumpul barang – barang yang anda tidak perlukan dan jual ia pada mereka yang mahu.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails