5 langkah asas jimat wang.
by: Maaf sumber tak ingat ambil dari mana. blogger yang rasa ini adalah article anda, sila pm untuk saya nak letak nama dan laman web anda disini.
Berikut adalah antara langkah asas yang boleh anda amalkan untuk jimat wang.
Langkah pertama : Jauhkan diri anda dari wang.
Jangan bawa wang terlalu banyak dalam dompet anda. Bawa wang yang perlu sahaja setiap kali anda keluar. Melalui perbuatan ini, anda akan rasa lebih kuat untuk tidak berbelanja. Disebabkan wang dalam dompet anda sedikit, anda pasti akan lebih berhati – hati ketika berbelanja.
Langkah kedua : Simpan wang di dalam akaun simpanan seolah – olah ia adalah tindakan yang wajib.
Utamakan menyimpan wang di akaun simpanan sama seperti pembayaran bil – bil anda. Kalau boleh, pada hari pertama gaji, anda terus sahaja keluarkan wang dan di simpan ia di dalam akaun simpanan tetap anda.
Langkah ketiga : Berhati – hati dengan nafsu membeli anda.
Selalunya, anda akan kehilangan arah apabila anda sedang membeli belah di kompleks membeli belah. Anda seakan – akan tidak boleh berhenti membeli apabila anda mula membeli. Ada sahaja barang yang ingin di beli. Untuk mengelakkan perkara seperti ini berlaku, anda bawa senarai barang yang perlu di beli sebagai rujukan dan hanya bawa jumlah wang yang perlu sahaja.
Langkah keempat : Jangan berhutang kad kredit.
Sekali anda menggunakan kad kredit, anda akan ketagih menggunakannya. Ini kerana adanya kad kredit seolah – oleh menjadikan anda memiliki wang yang banyak. Anda hanya perlu swipe sahaja kad dan barang sudah boleh di beli. Gunakan kad debit untuk mengawal nafsu berhutang anda. Penggunaan kad debit lebih menjamin pengurusan wang anda.
Langkah kelima : Hidup dalam keadaan yang anda mampu sahaja.
Jangan beli kereta jika anda tidak mampu untuk membayarnya. Begitu juga dengan peralatan yang lain. Anda hidup berdasarkan pendapatan anda sahaja. Jika anda mahukan sesuatu yang agak mahal, lakukan kerja tambahan untuk mendapatkannya.
0 comments:
Post a Comment