Wednesday, January 23, 2013

Teknik bajet wang menggunakan sampul surat


Teknik bajet wang menggunakan sampul surat

by Mursyidi http://mursyidi.com/blog/teknik-bajet-wang-menggunakan-sampul-surat/

Teknik bajet wang menggunakan sampul surat.
Sampul surat adalah alat untuk berjimat yang sangat hebat. Anda ambil beberapa sampul surat berdasarkan perbelanjaan yang bakal anda buat. Kemudian masukkan wang ke dalam sampul surat mengikut bajet yang telah di tetapkan. Dengan ini, segala perbelanjaan dapat di kawal kerana anda telah agih – agihkan wang mengikut keperluan yang sepatutnya.
Sekarang, anda sudah faham serba sedikit mengenai teknik sampul surat ini. Untuk lebih berjaya melalui teknik ini, artikel menyediakan tiga tip untuk anda.
Tip pertama : Jangan bazir lebihan wang.
Jika ada sampul yang mempunyai wang lebih di dalamnya, anda jangan guna. Sebaliknya anda simpan untuk kegunaan bulan depan. Jadi, pada bulan depan anda akan tambah kurang sedikit wang untuk mencukupkan jumlah sebenar yang anda agihkan. Lebihan wang secara keseluruhan, masukkan ke dalam simpanan tetap.
Tip kedua : Jangan campur aduk penggunaan sampul
Satu sampul satu tujuan. Anda jangan campur aduk pelbagai tujuan dalam satu sampul. Jika anda campur aduk, anda hanya merosakkan sistem sampul surat  ini sahaja . Jangan lebihkan atau kurangkan wang. Satu sampul satu tujuan membolehkan anda kekal pada bajet yang telah anda rancangkan.
Tip ketiga : Sentiasa periksa sampul surat untuk melihat jumlah wang.
Katakan sampul surat yang mengandungi barang dapur, anda perlu sentiasa tahu jumlah semasa wang yang ada di dalamnya. Tindakan ini perlu supaya anda tidak terbelanja lebih atau anda hilang kesan di mana anda belanjakan wang tersebut. Apabila anda terima resit, masukkan ke dalam sampul surat supaya anda dapat kesan ke mana wang anda mengalir.
Teknik sampul surat memang antara teknik yang bagus untuk di praktikkan. Teknik ini membolehkan anda berdisiplin dalam menguruskan wang.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails