Sumber: Maaf sumber tak ingat ambil dari mana. blogger yang rasa ini adalah article anda, sila pm untuk saya nak letak nama dan laman web anda disini.
Cara efektif untuk menyimpan wang
Baiklah tip termudah untuk menyimpan secara konsisten ialah dengan meniru cara anda menabung di tabung KWSP. Bagaimana anda menabung dengan KWSP? Duit anda dimasukkan sebelum gaji anda diterima. Maka itulah cara yang terbaik.
Antara langkah yang perlu anda lakukan :
1. Tetapkan peratus simpanan yang perlu dilakukan setiap bulan
Mulakan dengan peratus kecil dahulu dan tambahkan dari masa ke semasa. Contohnya mulakan dengan 10% daripada gaji anda.
2. Buka akaun yang TIDAK mempunyai kad ATM
Anda juga boleh menggunakan akaun bank-bank lain dan jangan meminta kemudahan kad ATM.
3. Guna kemudahan online banking
Gunakan kemudahan online banking untuk memudahkan urusan memindahkan wang dengan cepat dan serta merta. Walaupun anda dikenakan RM2 setiap transaksi. Anda akan mendapati ia berbaloi bila melihat hasil simpanan anda kelak.
Cuba langkah menyimpan ini dahulu dan lihat hasilnya dalam beberapa bulan.
Jika gaji anda RM800, anda boleh menyimpan RM80 sebulan. Dalam masa setahun, simpanan anda boleh menjangkau sehingga RM960.
Ia boleh digunakan di masa anda betul-betul perlukan wang seperti membaiki kereta rosak di tengah jalan, membayar kos persekolahan anak anda, melangsaikan hutang lapuk, bayaran perbelanjaan hospital dan sebagainya. Disiplinkan diri anda untuk tidak mengeluarkan wang simpanan anda. Cuba cari pilihan lain dahulu dan simpanan anda adalah pilihan yang terakhir.
2 comments:
nice sharing. tenkiu ;)
Post a Comment