Wednesday, January 23, 2013

TIPS MENABUNG


TIPS MENABUNG
Sumber:  Maaf sumber tak ingat ambil dari mana. blogger yang rasa ini adalah article anda, sila pm untuk saya nak letak nama dan laman web anda disini.
  • Sisihkan wang untuk simpanan di awal bulan sebelum berbelanja, cara ini anda dapat menyimpan lebih banyak wang.
  • Tentukan tarikh untuk anda menabung setiap bulan dan patuhi tarikh itu agar anda tidak tersasar.
  • Gunakan kaedah potongan berjadual agar anda lebih berdisiplin.
  • Catat trend perbelanjaan anda setiap bulan. Sediakan dua bekas khas untuk mengisi semua resit belian anda untuk mudahkan pengiraan. Satu bekas adalah untuk resit barangan keperluan. Satu bekas lagi untuk resit barangan kehendak.
  • Menetapkan matlamat tabungan yang jelas dan berpatutan.
  • Menyediakan belanjawan bulanan keluarga.
  • Bahagikan tabungan anda kepada pecahan tertentu seperti wang tabungan yang boleh disentuh dan wang tabungan beku iaitu wang tidak boleh disentuh. Jika wang tabungan tidak dibuat pecahan sedemikian, tidak mustahil ia akan habis begitu saja. Maka sia-sialah usaha anda selama ini untuk menabung.
  • Menyimpan dalam bank/institusi yang tidak mempunyai kad ATM.
  • Jika anda mendapat bonus, simpanlah sekurang-kurangnya 50% dari wang bonus yang diperoleh. Jika anda menyimpan lebih banyak ia lebih baik.
  • Seeloknya buka akaun bank lain bagi mengumpulkan wang simpanan anda setiap bulan. Jangan campurkan wang simpanan anda dengan bank gaji anda kerana ia tidak menampakkan wang yang anda simpan. Selain itu, ia mudah untuk anda memeriksa sejumlah wang yang telah anda simpan.
  • Membuat pinjaman berhemah untuk tujuan pembelian aset.
  • Membuat simpanan tetap.
  • Beli barang yang perlu, bukan mengikut nafsu.
  • Membeli insurans yang berbentuk pelaburan.
  • Buat pinjaman untuk tujuan pelaburan jika perlu.
  • Mengelakkan penggunaan kad kredit.
  • Elakkan diri daripada sering mengunjungi pusat beli-belah. Walaupun asalnya anda hanya ingin window shopping, tetapi anda mungkin boleh terjebak membeli barang yang tidak sepatutnya apatah lagi jika anda pergi bersama isteri dan anak.
Ini contoh jenis-jenis simpanan/pelaburan yang popular di negara kita:
  • Akaun simpanan
  • Akaun tetap
  • Amanah saham (ASN, ASB, ASW)
  • Tabung haji
  • KWSP/Perkeso
  • Insurans & Skim takaful
  • Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN)
  • Exchange Traded Fund
  • Emas
  • Pelaburan Saham
  • Unit Amanah (Unit Trust)
  • Forex
  • Bon
  • Pelaburan Hartanah
  • Real Estate Investment Trust (REIT)
  • Ekuiti
10 Cara Mudah Menambah Simpanan
1. Berhenti merokok
2. Bawa bekal ke tempat kerja
3. Pilih tempat makan yang sepadan dengan pendapatan
4. Cuci kereta sendiri & kongsi kereta dengan kawan sekerja
5. Bayar bil secara online
6. Jimat air, elektrik & telefon
7. Beriadah di kawasan rekreasi dekat dengan rumah
8. Bayar kad kredit tepat pada masanya
9. Ajar anak sendiri (alternatif untuk tuisyen)
10. Rancang perbelanjaan dapur
11. Rujuk sini

0 comments:

Related Posts with Thumbnails