Wednesday, January 23, 2013

5 tip jimat duit dengan kadar segera.


5 tip jimat duit dengan kadar segera.

by: Mursyidi http://mursyidi.com/blog/5-tip-jimat-duit-dengan-kadar-segera/


Ramai yang ingin belajar berjimat atau berjimat. Namun, keinginan mereka itu seperti di sekat kerana tidak mampu menahan nafsu membeli atau tidak tidak tahu bagaimana hendak bermula. Jika setiap hari anda membazir, ia pasti susah untuk mengubah tabiat tersebut dengan segara. Oleh itu, artikel ini akan beri anda lima tip untuk belajar jimat duit dengan kadar segera.
Tip pertama : Jangan belanja lebih dari pendapatan bulanan anda.
Prinsip yang perlu ada dalam diri untuk berjimat adalah jangan sesekali berbelanja melebihi gaji atau pendapatan bulanan anda. Latih diri anda untuk hanya belanja separuh atau kurang dari pendapatan bulanan pada setiap bulan.
Tip kedua : Cari duit lebih atau guna kurang.
Jika anda ingin guna wang lebih dari pendapatan anda, anda perlu cari cara untuk cari duit lebih. Samada kerja part time atau buat pelaburan melalui duit simpanan anda. Jika anda malas, anda  cuma ada satu pilihan iaitu guna kurang dari pendapatan anda. Peraturannya senang sahaja, jika mahu belanja lebih, anda perlu cari wang lebih pada setiap bulan.
Tip ketiga : Tetapkan kadar simpanan tetap pada setiap bulan.
Tetapkan jumlah wang untuk di simpan pada setiap bulan. TIndakan ini akan menyelamatkan anda dari membazir semua wang yang anda peroleh. Lagipun, menyimpan wang adalah langkah pertama untuk belajar berjimat.
Tip keempat : Elakkan hutang dan jangan pinjam wang.
Elakkan dari berhutang kerana anda akan hilang kawalan terhadap penggunaan wang. Berhutang bermakna memperoleh wang tanpa usaha. Jadi, anda akan rasa tidak bersalah untuk menggunakannya secara membabi buta. Akibatnya, anda akan rasa liat untuk membayar hutang. Akhirnya, anda akan berada dalam tekanan. Elakkan juga meminjam wang kecuali keadaan benar – benar memaksa. Jika mahu wang, anda perlu belajar berusaha mendapatkannya. Jangan belanja wang yang bukan milik anda.
Tip kelima : Tulis diari kewangan.
Setiap hari anda tulis aktiviti perbelanjaan anda  dalam satu diari. Rekodkan apa yang anda belanja dan rekodkan juga jika ada kemasukan wang. Melalui diari yang anda tulis, anda dapat mengesan habit perbelanjaan anda. Dengan ini, anda dapat kenal pasti kea rah mana wang anda mengalir. Gunakan maklumat ini untuk menjadikan perbelanjaan anda lebih berbaloi. Belanja pada perkara yang perlu sahaja.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails