Wednesday, January 23, 2013

Cara Berjimat


Cara Berjimat
Sumber: http://alamonline.net/
 
Semasa sedang melayari beberapa blog isu semasa, saya terbaca banyak berita tentang kenaikan harga barang. Yang mula-mula mempelopori isu ini ialah kenaikan harga minyak RON 97 pada bulan lepas. Nasib baik tak guna minyak ini dan memang pasti tidak akan guna langsung walau sehebat mana pun kuasanya.
Ini ringkasan kenaikan harga barang tahun 2011:
1. Harga minyak RON 97
2. Harga gula naik 20 sen. Lepas naik je, terus Dutch Lady umum akan naikkan harga produk mereka. Siapa kata gula naik, produk lain tak akan naik.
3. BFR rumah naik. Saya baru dapat surat dari bank bulan ini. Patutlah ada tuan rumah naikkan sewa rumah hampir setiap kali BFR/BLR naik.
Yang akan naik tak lama lagi:
1. Tarif elektrik akan naik
2. Minyak RON 95 tunggu masa saja nak naik
3. Tambang pengangkutan awam akan naik bulan Ogos 2011
Banyak betul yang akan naik. Apa perancangan anda menghadapi keadaan ini? Dengan gaji yang tidak naik a.k.a statik, hidup di bandar ni dah jadi macam orang miskin kalau anda tidak punya side income lain. Selain cari side income, apa yang kita boleh buat ialah berjimat. Saya cuba mendapatkan beberapa tips dan cara berjimat yang boleh sama-sama dilakukan. Ini diantaranya:
  1. Masak sendiri di rumah
  2. Buang pakej astro yang tidak berkenaan seperti sukan (EPL dah habis)
  3. Guna cloth diaper berbanding drypers pakai buang
  4. Kurangkan keluar berjalan atau shopping
  5. Rancang aktiviti bercuti di tempat jauh berdasarkan bajet
  6. Membuat senarai barang yang hendak dibeli sebelum ke pasaraya
  7. Membeli belah hanya ketika musim Mega Sale. Anda boleh jimat banyak wang disini.
  8. Pergi ke pasaraya atau kedai yang tak perlukan bayaran parking
  9. Makan di rumah terlebih dahulu sebelum keluar shopping atau lain-lain sebab bila dah kenyang tak perlu singgah lagi makan di luar yang harganya confirm mahal dan belum tentu sedap.
  10. Beli barang di kedai borong atau tempat yang anda boleh dapat harga lebih rendah daripada biasa.
  11. Minum air kosong atau bawa instant coffea sendiri semasa makan di luar
  12. Standby air masak dalam kereta semasa dalam perjalanan jauh untuk elak beli air mineral. Walaupun seringgit lebih harganya tapi kalau dah kerap banyak juga habis.
  13. Bayar bil api, air, astro, internet dan lain-lain secara online. Bolej jimat duit minyak, masa dan tenaga anda.
  14. Pergi pejabat tumpang kereta ramai-ramai. Ni nasihat percuma biasa dari kerajaan bila harga minyak naik.
  15. Jimat api, air. Tutup suis eletrik bila dah tak guna. Jangan biar rumah asyik terpasang lampu bila keluar dari rumah.
Ada banyak lagi yang boleh dicatatkan disini. Kita cuba satu per satu dulu ya. Kalau nak dapatkan lebih banyak tip, strategi dan teknik jimat yang paling kurang anda boleh jimat RM 1 k setahun, anda boleh berjumpa pakarnya disini.
Suka dengan ayat ini, “Biar Kaya dengan Berjimat”

0 comments:

Related Posts with Thumbnails